CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 28, 2011

Hari terakhir syawal 2011

Salam semua..lama betul tak update blog..busy berpantang n jaga baby baru nie..diam tak diam hari ni dah hari last umat islam beraya eh..

Bagi aku raya tahun ni amat bermakna sbb aku dikurniakan seorang lagi anak 7 syawal ari tu..cume yg tak bestnye aku tk smpt ziarah kwn2 aku n pegi umh tebuka..

Hari ni Aira berusia 24 hari samalah ngan tempoh aku brpntg 24 hari jugak..lagi 20 hari lagi nk abes pntg..chaiyok nana.. hehe..

Aku nk share gmbr Aira 24 hari ngan kakak Auni masa 3 bulan dulu pkai baju sama.. sama tk muke diorg.. hehe..

Yg ni Aira n bawah tu Auni...

Friday, September 16, 2011

Kehebatan Seorang Ibu

Ringkasan tazkirah dalam rancangan Al-Hidayah, 1.00 petang, TV3 (16 September 2011)

Pada seorang ibu, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Allah SWT meminjamkan rasa kasih sayangNya kepada seorang ibu, menjadikan seorang ibu bersifat sanggup berkorban untuk melahirkan seorang anak, bersabar melayani karenah anak dan sebagainya. Pada seorang ibu juga, terdapat satu anggota badan yang dinamakan rahim, yang menjadi kilang melahirkan anak dan tidak terdapat pada seorang lelaki, juga menjadi bukti kebesaran Allah SWT.

Oleh kerana ibu itu hebat, maka seorang ibu perlu memelihara hatinya supaya nafsu tidak mengatasi hatinya saat menghadapi karenah anak dan sebagainya. Apabila nafsu menguasai hati, rasa marah akan timbul & mungkin mendorong seorang ibu mengeluarkan perkataan-perkataan yang negatif terhadap anak-anak. Perkataan-perkataan tersebut, jika dilontarkan semasa waktu mustajab untuk doa dimakbulkan Allah SWT, akan menyebabkan hidup anak-anak menjadi seperti yang didoakan.

Kenapa doa seorang ibu sangat mustajab?

Redha Allah tergantung kepada redha seorang ibu & murka Allah tergantung kepada murka seorang ibu. Kalau nak dimurahkan rezeki oleh Allah, nak dapat keberkatan dalam hidup, nak dapat kasih sayang daripada di langit dan di bumi, berbaktilah kepada ibu bapa.

Dosa menyakiti hati seorang ibu sangat besar dan pahala berbakti kepada ibu juga sangat besar. Sebagaimana kita nak anak-anak kita lakukan kepada kita, begitulah yang wajib kita lakukan terhadap ibu bapa kita. Apabila kelak kita menjadi seorang ibu, kita dapat merasai apa yang ibu kita rasai saat membesarkan kita dahulu. Maka bagi seorang ibu, beristighfarlah kepada Allah SWT dan berdoalah "Ya Allah perbaikilah urusan anak & keturunan kami" setiap kali menghadapi karenah anak-anak yang menguji kesabaran.

Sesiapa yang bangun pagi dalam keadaaan taat kepada ibu bapa, maka dua (2) pintu syurga terbuka untuknya. sekiranya hanya taat kepada seorang, maka satu (1) pintu syurga terbuka. Jika tidak taat kepada kedua-duanya, maka yang terbuka adalah pintu azab.

Kisah zaman Rasululullah SAW:

Sesorang bertanya kepada Rasulullah SAW, bagaimana kalau ibu bapanya yang tiak berlaku baik kepadanya... adakah dia masih perlu taat?

Rasulullah SAW jawab, "sekali pun mereka menzalimi kamu... sekali pun mereka menzalimi kamu... sekali pun mereka menzalimi kamu....(diulang sebanyak tiga (3) kali), tidak hilang haknya untuk mendapat ketaatan daripada anak-anaknya."

Sebagai seorang ibu, sebelum memarahi anak-anak dengan perkataan-perkataan yang tidak baik, bertanyalah juga pada diri, sudahkah kita mendoakan anak kita dengan doa baik-baik yang diajarkan oleh Islam?

Contoh doa:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim, ayat 40)

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah AlFurqan, ayat 74)

nota: Tazkirah yang sangat bermanfaat. Rasanya kita semua tak lari daripada melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa kita, terutama bila dalam keadaan marah. Bila ingat pasal ni, memang rasa takut, cuak & bimbang... adakah Allah SWT meredhai kehidupan kita kalau timbul sekelumit perasaan kecil hati ibu bapa terhadap kita. Bila teringat macam ni, lekas-lekas telefon emak dan segera minta ampun atas segala salah silap yang pernah kita buat sama ada disedari atau tak. Ibu yang baik adalah ibu yang sentiasa memaafkan. Siapalah yang tak rasa hiba & menangis bila ibu dengan nada sebak mengungkapkan kata "ya... mak maafkan.. mak sentiasa maafkan... kamu tak ada dosa dengan mak".

Begitulah hati seorang ibu, dalam hatinya tak pernah simpan rasa marah pada anak. Disebutnya kita tak ada dosa, sedangkan kita tahu ada masa kita gagal melayaninya dengan sempurna. Kebanyakan orang (termasuk diri sendiri), bila dah dewasa ni lah baru timbul kesedaran untuk benar-benar meminta maaf, bukan sekadar ungkapan di bibir semata-mata. Yang penting, bila dah minta maaf bersungguh-sungguh, JANGAN BUAT LAGI. *peringatan untuk diri sendiri*

P/S: Ni copy dari FB Salfizanor Sabri..dengan gambar2 skali ku copy..hehe..tq kak pija..

Hari Ke 11 berpantang..

Hai semua..salam 1 Malaysia..haha..patriotik la pulak..hari ni kan 16 sept bersamaan dengan hari Malaysia dan Cuti..haha..

Selamat bercuti kepada semua pekerja yg dapat cuti..yg keje shift sila redha ok..

Hari ni jugak hari ke 11 anak ke2 ku melihat dunia bersamaan hari ke 11 aku berpantang..

Citer pasal berpantang ni, sblm aku kuar wad dktr tu pesan makan banyak2 sayur dan minum banyak2 air..tapi org tua2 kata banyak sayur tkleh makan n air tkleh minum banyak2..so nk ikut mana satu?

Korang tau tk bentan masa dlm pantang? Mak aku kata aku kena bentan sbb aku sejuk menggigil satu badan pastu darah kuar belambak2..mak aku cakap aku pikir banyak..dia kata tk bleh stress2..

Aku stress sbb kemarin husbnd aku tecicir porch bag dia dimana banyak barang ade dlm tu seperti handphone samsung galaxy S(nk bgtau jenama tu truk btul prangai aku..hehe),wallet yg aku belikan,spec itam,kunci kereta,kunci umah,kunci motor,rokok dan sbg nya..mana tk stress kan?

Tercicir dlm teksi memang tk dpt balik la org kata..so husband aku redha dia pun pegi beli Samsung Galaxy S2..bleh?

Oklah aku taknak stress dah sbb husband janji nk kasi duit wat hias bilik 2 puteri aku auni dan aira..yahoo..ptg ni husband balik sini leh jumpe Auni..sronoknye!

Ni gambar Aira pagi ni..skang dia lena lau tdo macam ni..

Thursday, September 15, 2011

Kelahiran Cahaya Mata ke 2 ku

Assalamualikum sume..ni first time update blog guna hp ni..senang sket kot..hehe..kali ni nk share ngan korang tentang kelahiran anak kedua aku pada 5 Sept baru ni bersamaan dgn 7 Syawal..risau btul nk tggu anak ke2 ni lahir sbb due raya kan..takut besalin awal pun yer..tapi sume dh ditetapkan oleh Allah aku bersalin 5 Sept pukul 4.36 pagi..banyak dugaan mnanti kelahiran ke2 ni..19 ogos masa beday aku,aku kna masuk wad sbb anak aku kurang gerak..esok tu discharge sbb baby aku dh okey..ingatkn kena pksa besalin sbb dh 38 weeks tp dktr kata tggu dulu..pastu 2 sept plak aku rasa contraction tgh2 malam..rahim dh bukak 1cm..dktr suh masuk wad..tp esok tu dh xde contraction dia suh aku balik..4 hb plak aku kuar tanda lendir + darah tu kan so aku pegi la hospital..dh bukak 2 cm tapi dia suh aku balik sbb umah dekat katanya..aku rasa cam fed up je..stat malam tu aku dh rasa contraction lagi tp aku tahan je malas dh nk gi hosp..smpai aku rasa sakit sgt 5 minit skali time tu kul 2 pagi baru aku ajak suami aku gi hospital..pas wat ctg n check rahim dh buka 4 cm dktr pun pecahkan air ketuban..kul 4.10 pagi aku masuk labour room kul 4.36 dh besalin baby girl 3.05 kg..aku dan suami namakan dia Aira Natasya..so meet my precious baby everybody..;)

Thursday, September 1, 2011

Kelahiran Anak Sedara Baru Aku di bulan Ramadhan.

Salam semua..

Kali ni nk cerita pasal kelahiran anak buah aku yg baru je dilahirkan pada 27 Ogos 2011 ari tuh bersamaan ngan 27 Ramadhan 1432H..adik aku telah selamat melahirkan anaknye seberat 2.35 kg..kecik je kan..ade sket komplikasi masa adik aku melahirkan baby tu jantung dia dh berenti dah..so doktor terpaksa vakum..

Alhamdulillah semuanya selamat cuma skrg ni anak buah aku itu masih lagi kt hospital kena tahan wad..mula2 tu sbb kena vakum so dktr nk kena pantau suhu badan dia,pastu suhu badan dh okey kena kuning plak,kena tahan lagi..kuning dh okey dia kencing berdarah pulak..sian baby tu skang dalam NICU hospital Serdang..harap baby tu cepat sembuh..sian maknye dlm pantang kena duk hospital plak..

Nama belum rasminya Muhammad Ayish Haiqal..nama rasmi kat JPN tak taw lagik sbb lum sempat lagi gi daftar..kata adik aku lah..disebabkan dia lahir 27 Ramadhan,pastu kena tahan wad pulak jadinye adik aku ngan suaminya kena lah berhari raya di hospital..hehe..

So raya pertama tu mak mertua aku dh bungkus2 kan juadah pagi raya kami hari tuh tuk bawak gi hospital beraya ngan adik aku..baik kan mak mertua aku..hehe..
jom tgk gmbr beraya kami di hospital Serdang..

tu adik aku ngan suami dia ngan Baby Ayish..sian raye kat spital..

ni pulak mak mertua aku ngan atin yg sudi sama2 beraya meneman aku n husband ke hospital...

p/s : adik aku due lagi lmbt dari aku tapi dia dh selamat besalin dulu..aku je yg bedebar lagi ni menanti kelahiran baby baru..hehe..kepada baby Ayish cepat sihat ekk kasi mama Ayish tu dapat balik kg berpantang betul2..hee..

Salam Aidilfitri 2011/ Salam Syawal 1432H

Assalamualaikum..

Wah sekejap je tamat Ramadhan tahun ni kan..hari ni je dah 3 Syawal dah..Aku excited sgt menjelang raya sbb nk menyambut kelahiran Baby baru aku ni..tapi smpai 3 Syawal ni dia takmo kuar lagik..hihi..ikutkan due date kalau scan 31 Ogos iaitu semalam tapi lau ikut kira last period due aku 4 sept nih..so tggu je lah nk wat ape kan..

Ingatkan dapat baby Ramadhan /awal Syawal sbb tu Raya tahun ni aku ngan husband wat keputusan tk balik kg aku walaupun turn kg aku tahun ni sbb takut tebesalin kt kg plak..so disebabkan aku nk besalin kat sini jugak kami raya lah di kg husband aku di Kajang..

Sebelum raya sebelah suami aku ade kumpul semua adik beradik so kitorg pun decide nk wat photoshoot tuk raya lah..hehe..jom tgk sket2 gmbr raya aku family aku tahun nih..

my family potret..comey tak? hehe..

2 orang cucu dalam family nih..coming soon tambah lagi :)

ni pulak atuk ngan cucu nyer..(mak mertua aku nih)

ni lah nyer mak buyung yg tengah pregnant 9 bulan tapi masih ade hati nk sarung baju raya..haha..

inilah Family ku...


Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada sume yg mengenali diriku ini..Maaf zahir dan batin yer korang..hehe..
Sekian untuk kali nie...