CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 9, 2011

Cukur Jambul dan Potong Rambut Anak!

Hai semua..Assalamualaikum..

Hari ni nak citer pasal cukur rambut Aira ngan potong rambut Auni..hikss..

Korang penah dengar tak pasal Majlis Cukur Jambul tu bidaah,khurafat dan makruh dilakukan.. Aku ada search memang banyak soal jawab agama sume bgtau bende yang sama.. Yang kita patut buat adalah cukur Rambut dan Aqiqah..Korang search je kat google taip Cukur jambul dalam Islam-banyak sumber korang leh baca pasal nih..ni aku kasi beberapa link.


Ni petikan yg aku dapat dr Google jugak :

"Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Masa Auni lahir aku pun tak buat pun majlis cukur jambul sbb mak mertua aku pun kata ada ustaz tu bgtau cukur jambul ni adat atau tradisi masyarakat India zaman dahulu..tapi Auni tumpang gak cukur jambul kat majlis sedara mara..hehe..saje je main2 tuh..so aku ngan husband yang cukur botak kepala Auni..daripada kita ragu2 baik kita elakkan je kan..wallahualam..

Aku bincang balik bende ni ngan husband aku baru2 ni sbb kitorg tengah nk decide sama ade nak wat tak majlis cukur jambul untuk anak ke dua kitorg si Aira..maknanya tidaklah buat jugak sbb ragu2 kan.. cadang nk buat aqiqah bila cukup duit nanti untuk Auni ngan Aira sekali..

So kitorg pun cukur je la rambut Aira tanpa wat majlis papepun..dh selesai dh satu perkara..

"Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan"

Citer pasal rambut aku nk cerita jugak pasal anak sulung aku..hari ni papa dia terpaksa setuju untuk potong rambut Auni yg dh panjang sgt tu sbb hidung dia berdarah..ape kene mengena kan?Al-kisahnya,dulu masa aku kecik sampai umur 20++ aku tak bleh langsung rambut panjang..asal panjang je mula lah meleleh je darah kat idung aku ni..so aku rasa bende yg sama jugak terturun kat auni..sian dia..selamat dh jugak hari ni potong rambutnye..sayang jugak sbb dh panjang dah..

Ha oklah tu je aku nk cite kali ni..


Aira pas cukur rambut pagi tadi..papa dia je yg cukurkan :D

Rambut Auni Sebelum dan Selepas..cute tak? hehe..


Jumpe next entry..k bai!

2 comments:

roon itawaza said...

kak azza pun dh cukur rambut cempaka...tgh bincang nk buat akikah je bila...

wak gelas said...

wak tumpang bersyukur jakk.. eeee wak dah datang nih nak komen kkomennn...