CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 16, 2012

Kolam Renang Awam (Pusat Sukan Air) Pusat Kejiranan Presint 6 Putrajaya




Assalamualaikum..

Hujung minggu lau takde plan nk gi mana² apa kata korang bawak anak² korang g mandi-manda di Kolam Renang kat pusat kejiranan presint 6 Putrajaya.. Landmark berdekatan adalah Pullman Hotel ngan PICC.

Nape aku suh korang datang sini? Sebab aku dah 2 kali dah pegi dan anak² aku sgt gembira sekali..hehe..kolam renang dewasa pun ada saiz Olimpik tau..

Dibuka setiap hari kecuali ISNIN.

Pakaian Wajib pakai Swimming Suit tapi lau korang just nak temankan anak² boleh je pkai baju biasa.

Bayaran tiket masuknya nya teramatlah murah sekali iaitu:
  Dewasa RM 2 dan Kanak² RM 1(per session)

Ni jadual waktu operasinya: Ada 4 sesi tau..

Sesi 1 : 9.00 am -11.00 am
Sesi 2 : 1.00 pm - 3.00 pm
Sesi 3 : 5.00 pm - 7.00 pm
Sesi 4 : 8.00 pm - 10.00 pm

Sesi khas untuk perempuan sahaja pula adalah:

SELASA - 9.00 am - 11.00 am
KHAMIS -1.00 pm - 3.00 pm

Ni antara kemudahan² yang disediakan kat situ :



  • Ruang pejabat dan kaunter perkhidmatan
  • 2 bilik persalinan dengan bilik air
  • 2 unit surau (Lelaki/Wanita)
  • Bilik penyelenggaraan Kolam renang, bilik persalinan dan tandas.
  • Bilik penyelamat
  • Bilik serbaguna
  • Ruang kios ; dan
  • 227 ruang tempat letak kereta/motosikal 


  • Ni plak website berkenaan pusat rekreasi air kat putrajaya ni..klik sini ye..

    Meh layan gambar² sekitar kolam renang itu 

    get ready..Auni dh tk sabo..

    ngan papa mereka.

    bukti tak dalam pun kolam tu..so tk merbahaya :)

    kolam yg kiri tu dalam sket kiranya tuk budak² atas 3 tahun sesuai la..yg kanan tu plak lebih cetek tuk baby² atau pun 2 thn ke bawah..

    ultraman mebius in da house..hehe

    auni diterbalikkan..hihi :)




    Sekian dulu tuk kali ni..

    Thursday, November 8, 2012

    D.I.Y(Do it Yourself) Goodies Bag guna Brown Paperbag

    Assalamualaikum semua.. ni kali kedua aku buat d.i.y goodies bag aku..kali ni untuk majlis akikah anak² aku bersama anak² buah aku yg akan diadakan pada hari Ahad ni 11.11.2012 bertempat di rumah mama aku di Sungai Koyan. Kali pertama aku buat sempena birthday Aira Natasya..Leh rujuk link ni k..

    Kali ni xde tema ape pun..hanya nk buat 300 goodies bag untuk tetamu yg datang majlis akikah ni nanti.. So inilah dia cara² nya..

    Step 1: Beli brown paperbag.Ada pelbagai Saiz,aku hanya beli kat Mydin sahaja. RM 3.20 sebungkus ada 100 pcs..so aku beli 3 bungkus..

    Inilah rupannya RM3.20 - 100 pcs
    Step 2: Aku buat tag terima kasih camni..bleh print kat kertas sticker so senang nk menampal nanti..

    comel tak? :D

    Step 3: Aku suh kakak ipar aku design kan goodies bag tu tuk aku print atas brown paperbag itu..dan hasilnya adalah seperti ini..yg perlu hanya la kreatif..lau tk kreatif mintak tolong orang lain..cam yg aku wat ni..hehe..

    print hitam putih je leh jimat ink okey..lau nk camni je aku penah jumpe diorg jual online sekeping rm 1.20 ko tau..tobat mahal!


    Step 4: Tampalkan lah tag terima kasih yg dh buat tadi tu..jadik la camni plak..
    ok kan? taruk ikut suka hati..senget² tu kira kreatif la tuh kan..haha..

    Step 5: Isilah barang kat lam tu..tapi tk leh berat² sgt sebab brown paperbag ni mudah koyak..aku letak telor rebus dalam kotak,mashmallow lam bungkus² tu ngan bahulu bentuk ikan..dan end product adalah seperti ini..tadaaa...
    cantik,tertarik dan simple kan??

    Pesanan penaja : Korang boleh je lau nk stapler instead of taruk klip kertas tu..aku saje taruk klip kertas tu sbb nampak comel jek..beli kat mydin jugak klip kertas tuh..So kos sekeping goodies bag ini tk sampai pun rm0.30 sen okey..sangat murah goodies bag ini tau..nk tempah kat aku tak? haha..nanti la lau aku rasa nk buat bisnes ni aku bgtau korang ehh..

    Ok sekian dulu..Selamat Membuat D.I.Y goodies bag..walaupun simple tapi anda akan sgt berpuas hati! trust me babeh.. :)

    Assalamualaikum.

    Lihat link ni untuk diy goodies bag tema Sesame Street pula.