CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 16, 2012

Kolam Renang Awam (Pusat Sukan Air) Pusat Kejiranan Presint 6 Putrajaya




Assalamualaikum..

Hujung minggu lau takde plan nk gi mana² apa kata korang bawak anak² korang g mandi-manda di Kolam Renang kat pusat kejiranan presint 6 Putrajaya.. Landmark berdekatan adalah Pullman Hotel ngan PICC.

Nape aku suh korang datang sini? Sebab aku dah 2 kali dah pegi dan anak² aku sgt gembira sekali..hehe..kolam renang dewasa pun ada saiz Olimpik tau..

Dibuka setiap hari kecuali ISNIN.

Pakaian Wajib pakai Swimming Suit tapi lau korang just nak temankan anak² boleh je pkai baju biasa.

Bayaran tiket masuknya nya teramatlah murah sekali iaitu:
  Dewasa RM 2 dan Kanak² RM 1(per session)

Ni jadual waktu operasinya: Ada 4 sesi tau..

Sesi 1 : 9.00 am -11.00 am
Sesi 2 : 1.00 pm - 3.00 pm
Sesi 3 : 5.00 pm - 7.00 pm
Sesi 4 : 8.00 pm - 10.00 pm

Sesi khas untuk perempuan sahaja pula adalah:

SELASA - 9.00 am - 11.00 am
KHAMIS -1.00 pm - 3.00 pm

Ni antara kemudahan² yang disediakan kat situ :



  • Ruang pejabat dan kaunter perkhidmatan
  • 2 bilik persalinan dengan bilik air
  • 2 unit surau (Lelaki/Wanita)
  • Bilik penyelenggaraan Kolam renang, bilik persalinan dan tandas.
  • Bilik penyelamat
  • Bilik serbaguna
  • Ruang kios ; dan
  • 227 ruang tempat letak kereta/motosikal 


  • Ni plak website berkenaan pusat rekreasi air kat putrajaya ni..klik sini ye..

    Meh layan gambar² sekitar kolam renang itu 

    get ready..Auni dh tk sabo..

    ngan papa mereka.

    bukti tak dalam pun kolam tu..so tk merbahaya :)

    kolam yg kiri tu dalam sket kiranya tuk budak² atas 3 tahun sesuai la..yg kanan tu plak lebih cetek tuk baby² atau pun 2 thn ke bawah..

    ultraman mebius in da house..hehe

    auni diterbalikkan..hihi :)




    Sekian dulu tuk kali ni..

    3 comments:

    Rafidah Husain said...

    Nice pic. Saya ngan anak2 pun nk tryla... Cam best je

    ~suHaNa~ said...

    try lah..sure anak² gembira.. :)

    Sarah Mohd Khider said...

    Yg sesi khas utk prmpn shj tu, utk pool precint 6 je ke? :-)