CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 3, 2012

Memohon Pasport Malaysia di Putrajaya Tak Perlu Isi Borang!

Assalamualaikum..

Hai semua..korang dh penah renew pasport tak? Korang tau tak kalau renew pasport kat Pejabat Pasport Putrajaya yg terletak di Presint 15 @ diplomatik tu korang tak payah isi borang? Ini serious! Senang!
Untuk mohon pertama kali/memperbaharui pasport sebab tamat tempoh hanya perlu bawa:

1) Diri korang sendiri/pemohon wajib berada di tempat kejadian even anak kecik korang pun kena ada jugak k
2) IC/Surat Beranak(kalau xde ic) original - tk perlu bawak salinan pun..serius diorang tak nak pun.
3) Salinan IC mak/ayah hanya diperlukan untuk kanak² bawah 18 tahun sahaja
4)  Bawak pasport lama korang (kalau nk renew-wajib bawak)
5) Gambar berukuran pasport SEKEPING sahaja!
6) Duit secukupnya RM 100-2 tahun RM300-5 tahun
7) Ipad/Surat khabar/Novel (optional supaya tk bosan tunggu..ahakss)

Itu sahaja.Senang kan?Tak perlu isi borang.. aku ye-ye je isi borang print dari website diorg..smpai² nk tampal gmbar tapi xde pun disediakan gam..pen pun tkde..tu yg membuatkan aku pelik..rupa-rupanya pegawai imigresen tu yg akan tmpalkan gmbr korang kat borang yg diorg akan printkan tuk kita  masa kita mohon tu nanti..nak buat pasport pertama kali pun camtu jugak..aku rasa imigresen dh nak paperless..cuma perkara ni tk diupdate dlm website diorg lagi..maybe soon..

 Tapi setakat ni bukan semua pejabat imigresen yang buat camni..yang aku cakap ni adalah di presint 15 putrajaya tau.. Pegi beratur amek nombor n tunggu je giliran anda..Pejabat pasport putrajaya tak buat pasport kumpulan tau.. Sehingga 31.12.12 pejabat pasort putrajaya dibuka isnin-jumaat 8.00 pagi- 10.00 mlm. Sabtu dan Ahad pula jam 8.00 pagi - 1.00 ptg.

Aku pegi semalam 02.12.12(Ahad) jam 8.15 pagi dh smpai.. beratur sgt panjang untuk amek nombor..mungkin diorg depan aku semua dh datang since 7.30 pagi lagi kot.. tapi malangnya pejabat hanya dibuka pintu pada jam 8.30 pagi lambat setengah jam! Hmm aku tk suke part ni sebab kan benda camni la org dok kutuk cakap camni la goverment..adeh,.aku pun terasa sbb aku adalah goverment servant juga..huhu..

Pasport aku dan femali siap jam 10.15 pagi..so tk smpai 2 jam dh siap..Alhamdulillah cepat la jugak..hehe... tujuan aku renew pasport ni  sebab nak pergi Universal Studio Singapore (USS) pada 14.12.12 ni..yeayyy tak sabar..nanti update pasal uss plak k..



No comments: