CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 17, 2012

Trip USS (Universal Studio Singapore) 2012 Part 2 - Penginapan( Tune Hotel) dan Transport Ke USS

Assalamualaikum..

Part 2 ni nak cerita pasal penginapan ngan transport masa aku pegi USS hari tu..
Aku stay kat Tune Hotel Danga Bay..murah dan senang nk pegi sebabnya kenderaan ke USS iaitu Odyssey Coach (Bas) juga disediakan di hotel ini juga..

Korang booking online atau call pun boleh.. pastu rate harga nya pulak lebih kurang macam korang book air asia la..time promotion murah giler²..hehe..kalau tk promotion pun bilik still tk mahal sgt..harga bilik sahaja masa aku pergi last week 2 malam adalah RM68 sahaja.. tapiiiii ni harga bilik yang kosong je tau.. kalau korang nak aircond, wifi, tv, toitetry (sabun, shampoo ngan towel) korang kena add on.. tips booking awal²..kalau dh dekat ngan tarikh nk pegi makin mahall..


Macam aircond tu korang bleh tambah nk 24hours or 12hours je. But dont worry sebab kipas ada..kipas pun dh cukup bagi aku la..depends!

Untuk makluman TIDAK ADA kettle untuk masak air! TIDAK ADA almari nk sangkut baju! TIDAK ADA iron board (tapi bilik iron ada disediakan)! TIDAK ADA peti ais!TIDAK ADA breakfast!  Kepada mak² yg bawak anak masih minum susu nk guna air panas korang leh bawak sendiri la kettle tuk masak air..macam aku! hehe..

Bilik nye ade 3 jenis Quad Room, Single n Double...Quad (1 katil queen n 2 katil single), Single (2 katil single), Double (1 katil queen).. Bilik kecik sangat ok..masuk terus jumpe bilik air dan katil. tapi berbaloi la dengan harganya JB plak tu kan.. Untuk aku, suami aku n dua anak dara kecik aku tu cukup muat! Lagipun memang semata² untuk tidur sahaja..

Ok untuk part kenderaan tu plak(kenderaan ke USS tau,kenderaan ke tune hotel bawak keta sendiri la.hehe)kan aku cakap ade disediakan kt tune hotel ni kan..masa korang add on time booking bilik tu korang click skali tuk booking tiket bas ke USS tu skali k.. dia tulis situ Odyssey Coach to Resort World Sentosa- return (adult n child above 5 years old)..click situ dan pilih lah berapa tiket yg korang nk..

Bila dh check in nanti diorg akan bagi coupon tuk korang reedem tiket bas tu..reedem tiket bas tu kat kaunter odyssey coach sebelah 7E dekat je ngan kaunter check in bilik tu..tak sampai 10 langkah pun kt tepi tu..Info penting aku nk bagi ialah time cuti² skolah ni better korang call kaunter odyssey tu untuk booking seat korang dulu sbb kadang² fullhouse..walk in pun boleh cuma beza harga.. lau online RM 25 per person..lau walk in RM 30.. walaupun dh ade coupon tetap first come first serve tau..kalau dh tkde tmpt maybe dia pulang duit balik la kot..aku pun tk sure..so better call for booking cakap kita dh beli tiket bas melalui tune hotel..so nanti dia akan reserve seat.

Hari tu bas yg aku naik bawak kami masuk melalui 2nd link kat gelang patah tu..kena turun dua kali..sekali tuk imigresen cop dan sekali lagi tuk pemeriksaan kastam.. leceh jugak bawak anak kecik turun naik turun naik bas..tapi uss punya pasall aku sanggup! haha..

Tempat kita diturunkan sama dengan tempat kita akan balik..dan bas yg sama juga..so hafal no plat!

Ape² nk tau tanya la yer..

TUNE HOTEL link

Sambung nanti cite smpai kat USS plak.. Wassalam..








1 comment:

sabrina said...

slm..nk tny,tiket bas tu RM30 pegi blk ke?