CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 28, 2013

Bila Expired Result MUET & Kalau Hilang Slip Result Apa Nak Buat?

Assalamualaikum w.b.t

Oleh kerana ade beberapa orang dok tanya pasal keputusan MUET ni ade expired date ke? valid smpai bila eh? Jadinya entry kali ni nk memberi tahu apa yg tertulis di website MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) berkenaan dengan MUET ni k..biasanya kita akan tertanya² pasal ni kalau kita nk smbung degree sbb sekarang nk amek degree diwajibkan telah ambil MUET..
Click sini untuk info lanjut tentang tempoh sah laku MUET.

Ni copy paste dari website itu :

PEMBERITAHUAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Syarat Kelayakan Menduduki MUET 
dan 
Tempoh Sah Laku Keputusan MUET


1.  Dimaklumkan bahawa mulai MUET pertengan Tahun 2009, TIADA sebarang syarat kelayakan dikenakan kepada calon untuk menduduki MUET.

2.  Dimaklumkan bahawa tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut :

    a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 
        18 JULAI 2013 

    b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah 
        LIMA TAHUN mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Eh kalau slip korang dh hilang kan senang je korang boleh mohon semula dari pihak MPM bagi salinan cumanya ade la bayarn dikenakan.. pertama kali mohon RM 20, 2nd time RM30.. lebih dari tu akan dikenakan RM 50.. boleh dapat melalui pos atau datang sndiri ke MPM.. isi borang dulu kt website MPM..

Ok la setakat ni dulu info kali ni.. macam kalau korang nk tau jadual bila exam MUET ke, macam mana nk Apply MUET ke atau macam mana Bayaran MUET ke.. korang leh click link ni untuk info pasal semua tu..
Selamat belajar!

Wednesday, February 27, 2013

Daftar Mengundi PRU 13

Assalamualaikum..

Tergerak nk buat entry ni sebab kan sekarang dah dekat sangat dah masa untuk PRU kali ke 13 negara Malaysia.. So korang dah daftar mengundi ke belum? Kalau belum dh tk sempat dah untuk PRU 13 ni.. boleh nak daftar cuma untuk mengundi kenalah tunggu PRU 14 pula.. kan dh rugi satu undi..

Kalau nk semak daftar pemilih korang boleh click sini Web Semakan Daftar Pemilih
Masukkan je no IC..kalau korang pun layak mengundi dia akan kluar record not found..
Tapi kalau korang dh daftar dan layak mengundi dia akan kluar penerangan tentang pendaftaran korang..
Boleh juga semak beramai-ramai.. click sini Semakan Isi Rumah

Sebagai orang Islam kita mestilah memilih bakal pemimpin kita yg beragama Islam..
Jadi marilah daftar mengundi.
Undi adalah rahsia.
Hiks..

Sekian dulu.
Wasalam.

#5 Wordless Wednesday- with love



Tuesday, February 26, 2013

30 Hari Mencari Bahagia: Tips Tiap Hari Bahagia

Assalamualaikum..


Pagi ni nama aku naik tuk hadir program bicara psikologi : Tips Tiap Hari Bahagia.. Biasalah aku lau kene dengar ceramah ni mesti nk ngantuk je kan.. tapi bila penceramah tu mula cakap je aku dh bersemangat dan sgt menumpukan perhatian..this is not me! Haha.. maybe isi² yg disampaikan buat aku rasa cam ada kene mengena je dalam hidup aku..dan aku mesti aplikasikan dalam kehidupan seharian aku..

Macam mana kita nk bahagia? Kalau nk bahagia mesti kena gembira kan..so macam mana nk gembira? Diri kita sendiri lah yg menentukan cara untuk kita gembira.. memang betul! Cube hari² korang datang opis pastu buat² gembira for sure smpai balik kerja korang akan rasa gembira.. walaupun korang kena fotostat tapi cuba buat kerja tu dengan gembira, sure korang akan gembira dengan kerja tu kan? cerbuat pastu cerita kat aku..

Jangan biarkan keadaan sekeliling wat kita stress.. penceramah juga banyak tekankan dalam hubungan suami isteri.. suami isteri kena sentiasa kekalkan hubungan mesra.. sesama keluarga dan anak² juga.. dia adalah seorg motivater a.k.a kaunselor.. so dh banyak kes yg dia handle dan dia ade ceritakan beberapa cerita untuk dijadikan panduan.. yg aku ingat pasal seorg polis yg bunuh diri kerana tertekan dengan kerja dan masalah keluarga yg daif..dia tk gembira dengan kerja dan kehidupan sehingga membuatkan dia menambil tindakan sebegitu..moralnya walaupum macam mana teruk pun keadaan kita, kita mesti hadapi dengan keadaan yg gembira.. barulah kita akan bahagia..

Hmm sejauh mana kebenaranya marilah kita sama² mencuba.. penceramah ni bagi tips 30 Hari Mencari Bahagia iaitu :

 30 Hari Mencari Bahagia

Hari 1: Ucapkan TERIMA KASIH mulai hari ini dan hari-hari berikutnya

Hari 2: Lihat hanya yang terbaik dan mengakui kekurangan yang ada

Hari 3: Mula melaksanakan kerja-kerja yang baik dan mulia

Hari 4: Akui kesilapan dan maafkan diri anda

Hari 5: Bersabarlah apabila merasa marah dan menerima  kritikan

Hari 6: Tunjukkan kemesraan pada yang tersayang

Hari 7: Jadilah seorang yang pemurah

Hari 8: Lihat yang terbaik ada pada orang lain dan jangan prejudis

Hari 9: Belajar menerima apa saja/ bersyukur seadanya

Hari 10: Kongsikan ilmu-ilmu yang ada dengan orang lain

Hari 11: Raikan hari penting bersama –sama

Hari 12: Jangan mudah bersangka buruk dan mulakanlah persahabatan

Hari 13: Ubah diri anda

Hari 14: Hormati perasaan orang lain

Hari 15: Sentiasa menjaga kerahsiaan

Hari 16: Hargai segala jasa baik dan pengorbanan orang lain

Hari 17: Berilah pujian tanpa teragak-agak

Hari 18: Lupakan kisah lama dan fokus pada masa depan

Hari 19: Jadilah seorang yang asertif

Hari 20: Atasi perasaan sedih / menyesal

Hari 21: Elakkan  perasaan untuk berebut kuasa

Hari 22: Buang  perasaan  dendam  yang  ada

Hari 23: Hentikan  kritikan  yang  tidak membina

Hari 24: Terima dan hormati orang lain seadanya

Hari 25: Berikan  galakan dan dorongan

Hari 26: Gunakan kata-kata yang positif

Hari 27: Bergembiralah dengan lawak jenaka

Hari 28: Berikan hadiah /cenderamata

Hari 29: Sebarkan berita gembira dengan orang sekeliling

Hari 30: Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada

courtesy from google

Sumber : Buku yg ditulis oleh penceramah sendiri Tuan Jowel Nooh, Penguasa Kastam (sebelum ini adalah  Pegawai Psikologi, Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM ): Buku bertajuk 30 Hari Mencari Bahagia.. penulis bersama adalah Nik Syuharul Apizo Safien.


p/s : Tuan Jowel Nooh adalah pegawai di pejabat aku.. buku ni boleh didapati di kedai² buku juga secara online di sini. 


Jom kita sama² rasa BAHAGIA...
Sekian dulu..
Wassalam..




Jalan² kat Taman Burung KL


Assalamualaikum..

Hari sbtu lepas sempena birthday Auni kami decide nk bawak dia jalan2 ke Taman Burung kat KL tu.. senang je nk smpai cari je masjid negara kat belakang masjid tu la taman burung nya.. ada banyak taman lagi kt situ tp yg aku ingat taman rama2 je..heee..

Aku pun 1st time pergi..hehe.. harga tiket masuk bagi pemegang mykad dewasa adalah rm25 dan kanak2 rm12..bawah 2 tahun free..

Jauh jugak nk kena jalan dalam taman tu tapi bila tgk burung2 yg cantik hilang penat..jgn risau kt dalam tu ade kedai makan, kedai souvenir,aiskrim pun ade dijual..

Pesana penaja sila lah bawa payung sebab jika hujan tidak ade tempat berteduh..kalau ade pun jauh2.. sbb sepanjang jalan tu xde bumbung..hanya ada jaring2 je..

Kalau nk tgk birdshow sila lah datang tengah hari kerana time birdshow adalah pada pukul 3.30 petang..itu satu je masa yg aku perasan..show selama setengah jam..enjoy jugak tgk burung2 terlatih..layannn..

Ada sesi bergambar dengan parrot yg cantik2.. rm 15 tuk diletak kt badan kita.. ada lagi satu tu rm 20 lau tk silap lebih banyak burung dan ada latar belakang khas taman burung tu.. aku tk buat pun yg ni sebab kena bayar..ehehehe..

Lagi satu sesi bagi makan burung..yang ni korang derma je rm2 dan penjaga tu akan bagi kuaci atau susu..korang letak je atas tangan dan burung2 sume akan terbang dtg kt korang..aku takutttt sbb burung2 tu serbu reramai..tapi kena paksa jugak ngan laki aku suh amek pengalaman bg makan burung tu..

Ade sekor burung kaler merah tu suke bertenggek atas kepala aku smpai dia kencing..adehhh..tension aku..wahaha..agaknya sebab aku pakai tudung merah so dia suke..kekeke..sib baik aku bawak tudung spare..

Ok la itu je nk cite..mmg enjoy jugak tuk bawak anak2 dtg sini..auni tk berapa takut, si Aira yg larik2..takut dia..hehe..nk kluar dari taman burung tu masa lam keta auni dh siap pesan.. "diam semuaa..nanti kita pergi taman rama² pulaaa" cehhh..awal² dh demand..

Jom tgk gmbr2 kat sana..banyak burung2 yg ade tapi aku tk amek tau pun nama diorg..huhu..yg aku ingat ade kasawari,hornbill,helang,parrot,dan paling cantik skali burung merakk..banyak kali dia bukak kepak tu...cantiknya lah..



Pergi ngan mak mertua n adik ipar aku si fatin..


ni kat tempat sesi bird feeding.. best!


muka takutttt..huahahaha..




ha skali hujan..sib baik dh sediakan payung sebelum hujan.. :)


pondok rehat sebentar..


Antara burung yg sempat ku snap pic


beg duit syiling rm 32 belikan tuk auni sebab dia nk.. sib baik beday girl..huhuiii..beli kat kedai souvenir..lagi satu beli frigde magnet bird park yg comel berharga rm 9.90..



Ok setakat ni saja kali ni..
Sekian..
Wassalam..











Monday, February 25, 2013

Auni Batrisyia is 4! (23-02-13)

Assalamualaikum...

Hai semua.. gembiranya aku sebab anak sulung aku Auni dh pun masuk umur 4 tahun.. yeayyy Auni dh membesar dengan sihat dan kuat.. heee :) Kata² Auni kalau kita tanya umur dia "4 tahun, dah besar dah kakak"  pandai plak dia cakap dia dh besar..  hehe.. Happy birthday sayang Mama...mulai skrg kita panggil kakak Along plak la..

Kepada Auni.. mama nk cakap yg mama n papa sayang Auni sangat².. membesarlah dengan sihat dan ceria, jadilah insan yang berguna, belajar rajin², jangan lupakan mama n papa, semoga berjaya di dunia dan akhirat, jaga adik selalu.. jangan tinggal suruhan Allah terutama solat dan paling penting jangan pergi jauh² dari mama..uuuuu nanti mama rinduuuu kakak Auni...

Jom tengok gambar² Auni dari kecik smpai dh 4 tahun ni..

hari pertama lahir ke dunia 23.02.2009

umur satu tahun




umur 2 tahun







umur 3 tahun




Add caption








umur 4 tahun 2013


Bila dah makin besar ni makin banyak cakap..kadang tu tk larat nk layan..kadang tuu tk larat nk gelak.. n dia ni pandai auta jugak tau.. huhu..

Kalau ada aiskrim ngan nasik..sambil dia makan aiskrim tu aku suh la makan nasik jugak,,dia akan jawab ni dh makan nasik aiskrim (smbil tunjuk kat aiskrim dia) cettt.. haha..lau dh kenyang aku suap dia tknk dia akan cakap mama masak xsedap..adehhla..

Pastu skrg dh xpakai pampers..so kalau lepas pegi toilet mesti nk suh kita pakai kan sluar dia.. padahal pandai je pakai sndiri..satu hari tu papa dia dh marah suh pakai sendiri jugak.. ok la dia buat la dua tiga kali depan papa dia..tapi bila papa dia tkde je mula la suh aku plak yg pakai kan.. aku cakap papa marah la kakak..dia bleh jawab alaa kalau papa xde mama la kena pakaikan suar kakak ni.. ishh ishhh..

Pastu ayat² aku kat dia semua dia dh practise kat adik dia si Aira.. cth cam adik nk kena ni.. kemas cepat nanti kakak rotan.. adoila...pastu kalau kita panggil nama dia Auni mula² marah² cakap kakak tk suke Auni..panggil la kakakkkk.. hmmm sabor je la.. hehe.. tu la kerenah bebudak kan..macam².. nanti mesti rindu keletah dia yg comel tu kan..

Ok la setakat ni dulu.. skrg aku dh ade 2 anak.. Auni n Aira..dua² girl.. insyaAllah coming soon doakan dpt boy ekk.. hehee.. sempena birthday kakak Auni sbtu lepas kitorg bawak dia pegi Taman Burung ngan belikan mainan.

Sekian dulu.. Wassalam..

p/s : Happy birthday to Afif Naufal jugakk.. (anak my besties Ami Amwirah) ... anak sulung kami sama tarikh birthday cuma tahun je beza.. semoga Afif juga membesar dengan sihat k..

Sunday, February 17, 2013

Pengalaman mendaftar e-pjj Uitm Shah Alam 16/2/13

Assalamualaikum

Alhamdullilah sekarang aku telah pun bergelar student kembali..Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran! Semoga aku tk sia-siakan peluang yg aku dapat ni.. seperti kata2 Pengarah Ined semalam kalau tk nak belajar jgn datang sini..

Pengalaman semasa daftr semalam,aku dtg lewat sket..dalam kul 10 baru smpai,sekali tgk punyalah ramai yg sama2 nk mndftr cam aku jugakk..

Fuhh beratur la..berdiri lama..sangat penat.. ade 10 kaunter yg kena pergi..
At the end aku dapat kat pelajar,baucer buku rm250(yeayy!) dan modul2 subjek yg akan aku belajar nnti..yahooo..

Tapi masa nk amek kad pelajar tu agak kelam kabut dn ambil masa yg lama..suamiku dgn Auni teman dari pg smpai tgh hari je..pastu diorg pun dh penat tggu..hehe..thanks to encik suami..

Paling best dapat jumpa pembaca blog aku ni Azirah a.k.a cahaya tihamah..dia knal aku..terharunya..hehe.. kawan2 yg lain mana??? tk nmpk pun..yelaa beribu org kan ssah nk cam..

Ok lah aku dh kena cari mood belajar mulai dari skrg! chaiyokk Nana.. kepada kawan2 yang sama daftar semalam semoga kita sama2 dapat grad dan mndpt ijazah kita.. Aminn..



Friday, February 15, 2013

Permohonan Pengajian Program Diploma Sesi Kemasukan Mei 2013

Assalamualaikum..

Memandangkan ramai org kunjung blog aku dan baca entry pasal permohonan pengajian e-pjj hari tu so aku nk share iklan pasal e-pjj tuk diploma plak..

Okey kepada lepasan SPM yang mahu sambung balajar ke peringkat diploma secara Jarak Jauh (e-Pjj) di uitm sila lah mohon sekaranggg jugaaaa kerana tarikh tutup adalah pada 03 MAC 2013 ni..

Ni aku copy paste dari website Ined Uitm tu..

Permohonan mengikuti Program Pengajian Diploma Sesi Kemasukan Mei 2013 telah dibuka . Permohonan boleh dibuat melalui online seperti mana berikut.

  • Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar Sesi Mei 2013 -->> Klik Disini

Tarikh tutup permohonan  online adalah pada 3 Mac 2013 (Ahad).


 Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Diploma Perakaunan
Diploma Pentadbiran Awam
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan (insurans)
Diploma Pengajian Perniagaan (pengangkutan)
Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Maklumat
Diploma Sains Sukan dan Rekreasi


So kepada sesiapa yg ada hati nk further study satu peringkat lebih tinggi lagi..moh la mohon..cepat² sebelum terlambat..

Sekian..

Wassalam..










Wednesday, February 13, 2013

Petua Hilangkan Benjol Pada Kanak²

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk tulis entry tajuk ni sebab selalu terjadi pada anak² ku terutama si Aira.. Jadi bila kena mak mertua aku mesti suh amek ais cepat² tuam kan kat benjol tu.. memang menjadi hanya pada benjol yang baru terjadi korang akan nampak keberkesanannya dalam masa setengah jam camtu,, kalau benjol tu dh lama macam dh sejam lebih ke mungkin ambil masa sket nk surut..

Anak aku si Aira memang lasak sket.. dia slalu terjatuh atau terhantuk..sian plak aku nengok benjol sana sini.. so caranya bila kuar benjol tu aku amek seketul ais balut ngan towel kecik pastu tuamkan kat benjol tu..letakkan dalam 10 saat pastu angkat..pastu letak lagi..buat sehingga 15 minit camtu..then kalau tk surut continue lagi buat smpai nampak surut.. senang kan?

Cuma doktor pernah pesan kalau anak kita ade terjatuh ke ape ke..dalam masa 24 kalau ade muntah² ke..demam ke atau ada tanda² luar biasa maka segeralah bawa brjumpa doktor..jangan tangguh² k..
Ok itu saje nk share kali ni..

Selamat mencuba ye..

inilah si Aira..ni benjol yg baru terjadi..terhantuk kat rak tv..siann..kat pipi tu kena gigit nyamuk..

Wassalam..

#3 Wordless Wednesday


Monday, February 4, 2013

Yeayy Dapat Bercuti Free Kat Macau

Assalamualaikum..

Seronoknya sebab husband baru je dapat lucky draw kat annual dinner office dia pekej percutian ke Macau 3D2N.. Free wehh..syoknyaaa.. cuma kena beli tiket tuk anak² la kalau nk bawak..kalau tk bawak kena cari sape mau jaga..heee... teruja..Macau kata tempat berjudi..ada casino besar².. adehh..cam xde ape yg menarik pun..tapi excited jugak sbb bleh melancong lagi..so tkyah fikir dh nk pergi mana tahun ni..dh dapat tempat. Alhamdulillah..tak sabar nk pergi! Thanks en Hanif sebab nak bawak saya pegi ni.. :)


Ni plak gmbr husband masa dinner yg dapat lucky draw tu..tema dinner Back To Scholl.. husband yg pakai sluar pendek tu..



Sekian dulu..Wassalam.