CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 14, 2018

Tamat Belajar e-Pjj Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Uitm Shah Alam

Assalamualaikum.

       Syukur Alhamdulillah, akhirnya tamat bergelar pelajar separuh masa di UiTM Shah Alam Januari 2018 itu hari. Blog ni sawang teruk sangat. Bagi korang yg mmg follow and baca pasal post² aku tentang e-PJJ ni aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, rupanya terlalu lama tak update blog ni.

      Lega nya rasa bila dh abes exam last paper hari itu Tuhan saja yg tau. 5 tahun ulang alik shah alam-kajang tuk g belajar. Sungguh tak sangka dengan diri sendiri sebab mampu menempuh semua dugaan dan cabaran sebagai pelajar separuh masa, pekerja gomen di bahagian operasi, isteri kepada suami yang busy hari² dan mak kepada tiga anak serta tanggungjawab terhadap keluarga besar means mak dan adik bradik. Akhirnya.....

      Lepas ni nak berblogging semula lah.

#resultoverallatas3.0syukur
#e-pjjuitmshahalam
#tungguconvojeni

No comments: