Assalamualaikum..
Lama xupdate pasal belajar.. korang, aku baru je habes semester 2.. last final exam paper 16 Jan hari tu.. sekarang tgh tunggu result yg akan kluar 14 Feb nanti..sangat bedebar sebab biasalah siti suhana ni mmg suke na balajar last minit..sila jangan contohi ya..
Kali ni tetibe terfikir nk update pasal PBU ngan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa. Program ni adalah khas untuk penjawat awam maksudnya kepada pelajar separuh masa yang sedang berkhidmat dengan kerajaan. Pihak kerajaan offer PBU atau Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa untuk membantu dari segi kewangan iaitu bayaran yuran pengajian.
PBU ni adalah Pinjaman Boleh Ubah dimana kita perlu membayar semula jumlah wang yang kita pinjam tapi bak kata kawan2 aku bukan bayar semua sebab tu nama dia boleh ubah.. cara bayaran balik adalah bergantung pada result peperiksaan kita pada tahun akhir nanti. Aku pun xpasti tentang PBU ni..cuma maklumat lanjut korang bleh layari website
e-silav2 ni.. Kalau rasa sesak nk settlekan yuran sendiri mohon lah PBU ni..insyaallah ringan sket beban.. dan aku dengar bayaran balik pun lebih murah dari PTPTN, maaflah fakta tk strong sebab tk pernah pinjam PTPTN..hehe...
Dan lagi satu yang pasal Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa ni pulak adalah seperti tajaan..maknanya xperlu bayar semula semuanya ditanggung oleh kerajaan. Pihak JPA akan berurusan dengan pihak Universiti dan bayarkan semua yuran pengajian kita valid sehingga 60 bulan pengajian kalau untuk ijazah sarjana muda, 36 bulan untuk ijazah sarjana(Master) dan 60 bulan bagi kedoktoran (PHD, semua yuran akan ditanggung,kecuali untuk wang hemat diri/insurans/yuran konvo/ sewa jubah/ yuran kemudahan Universiti/ yuran alumni/ denda yg kita kena (semua ni tidak termasuk dalam tanggungan ye)
Ade beberapa syarat yang kita perlu patuh kalau kita nk mohon yang Yuran Pengajian Secara Separuh Masa ni seperti tidak boleh tanggung pengajian kecuali sakit kronik saja dan kena hantar result setiap semester kepada JPA. Tapi kan ni bukan mcm tajaan untuk full time student tu tau yg dpt duit belanja tu.. Tajaan ni hanya bayar yuran pengajian sahaja ye.
Tapi kan untuk mohon kedua2 ni kita perlu tau adakah course yang kita ambil tu diiktiraf atau pun tidak..itu kita bleh check kat
SINI. Kalau diiktiraf maknanya layak untuk memohon, lau tidak mmg xboleh mohon sebab kawan aku xdpt sebab course nye tidak diiktiraf. Biasanya semua course e-PJJ kt Uitm Shah Alam diiktiraf kot..yg bnyk dengar xiktiraf ialah PJJ ngan UTM yg melalui Space tu..kena check dulu yekk..
Kalau nak tau bila tarikh boleh mohon kedua-dua ni korang kenalah sentiasa rujuk website
e-silav2 nih. Aku dah buat dan mohon dua2 ni..dan Alhamdulilah aku telah berjaya dalam permohonan yang tajaan tuh.. cuma skrg tgh tunggu surat tawaran tetap untuk urusan dengan pihak bendahari Uitm..rasa lega sangat.. tapi xsure la result setiap semester tu ade effect ngan program ini atau tak.. lau ade kena usaha lebih la untuk jaga result.
Ok lah entry ni dibuat untuk sesiapa yg xtau yg JPA ade sediakan dua kemudahan ni. Kena rajin2 carik hehe..So sila mohon sebelum terlewat. Doakan aku supaya result sem 2 ni okey ekk.. TQ..
Sekian. Wassalam.