CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 13, 2012

Aqasha a.k.a Suffian Gemersik Kalbu

Wah semangat giler nk wat entry ni sebabnye nk gitau yg aku tejumpe ngan Firdee Akassya @ Aqasha..terjumpe time Astro Fest sabtu lepas kat Astro bukit Jalil..n yg bestnye dapat amek gambar ngan dia..walaupun gmbr aku nmpk buruk..hee..tu je tuk kali ni..hehe..seronoknye.. :)

p/s: hensem tak dia? huhu..aku suke dia sbb cite gemersik kalbu tu..

Wednesday, January 25, 2012

Kelahiran Anak Saudara Baru 22 Jan 2012

Pada CNY 22 Januari 2012 baru² ni kakak iparku iaitu isteri kepada Abang sulungku telah selamat melahirkan seorang baby lelaki yg bernama Muhammad Fakhrul Irshad bin Zaidil Akbar di Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan. Baby yang baru lahir ni adalah anak buah ku yang ke 5..Yeaaa..seronoknye tambah anak buah..anak sndiri nnti dulu na..hehe..

Ni la dia baby yg comel yg macam muke abang dia ni..hehe..Welcome my dear Irshad..

comey kan..gmbr cilok FB along..hehe..
inilah dia insan yg telah melahirkan baby itu~kak ANa..ni gmbr beberapa jam sebelum kejadian..Alhamdulillah semuanya selamat..

Cerita Sedih tentang Kanser Ovari

Assalamualaikum..lamanya aku tak update blog ni..bukan bersawang dah berlipas pun..

Hari ni nak cerita sedih aku tentang kanser ovari adalah kerana kanser ni telah menyerang mak saudara aku sendiri dan beliau telah pun kembali ke Rahmatullah pada 16 Januari 2012 baru² ni..perasaan aku memang sangat sedih dan kematian Arwah sangat menginsafkan aku..Allah lebih sayangkan dia..kenapa boleh kena kanser ini aku kurang pasti pulak..tapi itu memang takdirNya.

Nama makcik aku ialah Prof.Dr Ruzanna binti Zamzam..dan beliau baru berusia 44 tahun..serba sedikit tentang penyakit arwah ialah beliau dapat result confirm kanser ni pada 27 Januari 2011 kalau tak salah aku..dah stage 4! Memang sedih sangat..dah melalui sesi perubatan such as kimo,makan ubat dan lain² but tk boleh bertahan..setahun je hidup selepas dapat tau..pada hujung nyawa arwah yang berfungsi hanyalah jantung makcik je kerana sel kanser telah merebak ke sume organ penting.. Astaghfirullahalazim- “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung "

Kali ni first time aku mendengar bacaan doa dan talkin di kubur sebab sebelum ni aku memang tk pernah dengar dengan betul..memang menginsafkan..cerita dari anak saudara sebelah suami arwah makcik aku 'bila nk beredar dari kubur tu pakcik aku cakap abah yakin umi boleh jawab' sedihnye aku dengar. Sebab 7 langkah kita tinggalkan kubur maka mulalah sesi soal jawab kan..aku insaf.

Tetiba aku rasa rindu kat Arwah makcik aku sbb semalam aku mimpi dia! Al-fatihah untuk beliau.

ni lah arwah makcik aku tu..macam muke aku tak? :(

p/s : sebelum dia pergi kitorg ade jumpe kat kenduri kawin sepupu aku then makcik aku cakap camni 'Pakcik cakap lau makcik takde tengok nana tringat kat Makcik' lagi la wat aku nangis bila tringat ayat tu..masa mandi n kapankan arwah sehingga kebumikan semuanya berjalan lancar dan arwah siap tersenyum lagi tau..Al-FATIHAH.

Sunday, October 9, 2011

Cukur Jambul dan Potong Rambut Anak!

Hai semua..Assalamualaikum..

Hari ni nak citer pasal cukur rambut Aira ngan potong rambut Auni..hikss..

Korang penah dengar tak pasal Majlis Cukur Jambul tu bidaah,khurafat dan makruh dilakukan.. Aku ada search memang banyak soal jawab agama sume bgtau bende yang sama.. Yang kita patut buat adalah cukur Rambut dan Aqiqah..Korang search je kat google taip Cukur jambul dalam Islam-banyak sumber korang leh baca pasal nih..ni aku kasi beberapa link.


Ni petikan yg aku dapat dr Google jugak :

"Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Masa Auni lahir aku pun tak buat pun majlis cukur jambul sbb mak mertua aku pun kata ada ustaz tu bgtau cukur jambul ni adat atau tradisi masyarakat India zaman dahulu..tapi Auni tumpang gak cukur jambul kat majlis sedara mara..hehe..saje je main2 tuh..so aku ngan husband yang cukur botak kepala Auni..daripada kita ragu2 baik kita elakkan je kan..wallahualam..

Aku bincang balik bende ni ngan husband aku baru2 ni sbb kitorg tengah nk decide sama ade nak wat tak majlis cukur jambul untuk anak ke dua kitorg si Aira..maknanya tidaklah buat jugak sbb ragu2 kan.. cadang nk buat aqiqah bila cukup duit nanti untuk Auni ngan Aira sekali..

So kitorg pun cukur je la rambut Aira tanpa wat majlis papepun..dh selesai dh satu perkara..

"Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan"

Citer pasal rambut aku nk cerita jugak pasal anak sulung aku..hari ni papa dia terpaksa setuju untuk potong rambut Auni yg dh panjang sgt tu sbb hidung dia berdarah..ape kene mengena kan?Al-kisahnya,dulu masa aku kecik sampai umur 20++ aku tak bleh langsung rambut panjang..asal panjang je mula lah meleleh je darah kat idung aku ni..so aku rasa bende yg sama jugak terturun kat auni..sian dia..selamat dh jugak hari ni potong rambutnye..sayang jugak sbb dh panjang dah..

Ha oklah tu je aku nk cite kali ni..


Aira pas cukur rambut pagi tadi..papa dia je yg cukurkan :D

Rambut Auni Sebelum dan Selepas..cute tak? hehe..


Jumpe next entry..k bai!

Wednesday, October 5, 2011

Tips tidurkan baby yg meragam semasa anda dalam pantang.

Assalamualaikum...

Tetibe je pagi2 bute ni aku karang entry ni..bukan pe,aku br je brjaya tidurkn si kecik Aira yg slalu sgt meragam n taknak tidur malam..

So aku nk berkongsi sikit macam mana cara yg aku buat..baby tak tido malam memang menguji kesabaran seorg ibu yg masih dlm pantangkan..samala ngan aku.

Biasanya diorg ni tak nak tido n meragam disebabkan beberapa kemungkinan...maybe kembong perut,sebu perut,demam,hidung sumbat dan sebagainya..tapi selalunya memang berkait rapat dgn kembong perut..

Ni tips dari aku..kalau korang cube dan tak berjaya aku tk bertanggungjawab tau..hehe..

1)biasalah sapu minyak telon/yuyi/vicks kat perut,belakang badan,betis dan tapak kaki..then tiarapkan baby atas peha smbil urut2 sket belakang badan n kaki.ank aku guna vicks br okey.

2)bagi makan woodwards gripe water bleh bli kat kdai runcit sesudu teh saje.

3)tuamkan perut baby lau ade beli tunku baby moden tu lagi senang..lau xde amik kain rendam ngan air suam,perah pastu tuam lah..

4)bagi puting kosong tuk tenangkan dia pastu dodoi lah perlahan-lahan smbil nyanyi lagu faveret baby tu..hehe..lebih baik bacakan selawat..

5) masuk dalam buai maybe dia lebih selesa berbuai..terus je buai smpai dia khayal nanti dia tdo lah walaupun time tu tgh nanges..tapi lau agak2 tangisan dia dh wat korg naek angin cube lah cara lain ekk.

6) bedungkan baby tu ketat2..kadang2 jadi jugak bile aku wat cara nih.

7)tiarapkan baby atas dada kita then tepuk2 lah..baby mesti calm punye.

8)kalau sume perkara diatas tak berjaya jugak n time tu dh pukul 6 pagi anak korang tak tido jugak ape lagi panggil la mak korang tolong jagakan baby sebelum korang jadi meroyan..hehe..aku slalu wat cara nih ;)

Itu aje tips yg aku dapat share..sedikit sebanyak mungkin dapat mmbantu walaupun ade yg mengarut kot..hehe..

Ha lau ikut tarikh pagi ni 5.10.11 Aira genap sebulan..so pagi kul 8 jap gi nk bawak Aira ke klinik tuk amek injection sebulan tk tau nama pe injection tu.

Smpai sini dulu..dh ngantuk sgt dh jam tepat kul 3:43am..huarghhh...

p/s: tk sbr nk tau berapa berat Aira skang sbb dia sgt bam bam kata neneknya lah.

Si kecik Aira

Wednesday, September 28, 2011

Hari terakhir syawal 2011

Salam semua..lama betul tak update blog..busy berpantang n jaga baby baru nie..diam tak diam hari ni dah hari last umat islam beraya eh..

Bagi aku raya tahun ni amat bermakna sbb aku dikurniakan seorang lagi anak 7 syawal ari tu..cume yg tak bestnye aku tk smpt ziarah kwn2 aku n pegi umh tebuka..

Hari ni Aira berusia 24 hari samalah ngan tempoh aku brpntg 24 hari jugak..lagi 20 hari lagi nk abes pntg..chaiyok nana.. hehe..

Aku nk share gmbr Aira 24 hari ngan kakak Auni masa 3 bulan dulu pkai baju sama.. sama tk muke diorg.. hehe..

Yg ni Aira n bawah tu Auni...

Friday, September 16, 2011

Kehebatan Seorang Ibu

Ringkasan tazkirah dalam rancangan Al-Hidayah, 1.00 petang, TV3 (16 September 2011)

Pada seorang ibu, terdapat tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Allah SWT meminjamkan rasa kasih sayangNya kepada seorang ibu, menjadikan seorang ibu bersifat sanggup berkorban untuk melahirkan seorang anak, bersabar melayani karenah anak dan sebagainya. Pada seorang ibu juga, terdapat satu anggota badan yang dinamakan rahim, yang menjadi kilang melahirkan anak dan tidak terdapat pada seorang lelaki, juga menjadi bukti kebesaran Allah SWT.

Oleh kerana ibu itu hebat, maka seorang ibu perlu memelihara hatinya supaya nafsu tidak mengatasi hatinya saat menghadapi karenah anak dan sebagainya. Apabila nafsu menguasai hati, rasa marah akan timbul & mungkin mendorong seorang ibu mengeluarkan perkataan-perkataan yang negatif terhadap anak-anak. Perkataan-perkataan tersebut, jika dilontarkan semasa waktu mustajab untuk doa dimakbulkan Allah SWT, akan menyebabkan hidup anak-anak menjadi seperti yang didoakan.

Kenapa doa seorang ibu sangat mustajab?

Redha Allah tergantung kepada redha seorang ibu & murka Allah tergantung kepada murka seorang ibu. Kalau nak dimurahkan rezeki oleh Allah, nak dapat keberkatan dalam hidup, nak dapat kasih sayang daripada di langit dan di bumi, berbaktilah kepada ibu bapa.

Dosa menyakiti hati seorang ibu sangat besar dan pahala berbakti kepada ibu juga sangat besar. Sebagaimana kita nak anak-anak kita lakukan kepada kita, begitulah yang wajib kita lakukan terhadap ibu bapa kita. Apabila kelak kita menjadi seorang ibu, kita dapat merasai apa yang ibu kita rasai saat membesarkan kita dahulu. Maka bagi seorang ibu, beristighfarlah kepada Allah SWT dan berdoalah "Ya Allah perbaikilah urusan anak & keturunan kami" setiap kali menghadapi karenah anak-anak yang menguji kesabaran.

Sesiapa yang bangun pagi dalam keadaaan taat kepada ibu bapa, maka dua (2) pintu syurga terbuka untuknya. sekiranya hanya taat kepada seorang, maka satu (1) pintu syurga terbuka. Jika tidak taat kepada kedua-duanya, maka yang terbuka adalah pintu azab.

Kisah zaman Rasululullah SAW:

Sesorang bertanya kepada Rasulullah SAW, bagaimana kalau ibu bapanya yang tiak berlaku baik kepadanya... adakah dia masih perlu taat?

Rasulullah SAW jawab, "sekali pun mereka menzalimi kamu... sekali pun mereka menzalimi kamu... sekali pun mereka menzalimi kamu....(diulang sebanyak tiga (3) kali), tidak hilang haknya untuk mendapat ketaatan daripada anak-anaknya."

Sebagai seorang ibu, sebelum memarahi anak-anak dengan perkataan-perkataan yang tidak baik, bertanyalah juga pada diri, sudahkah kita mendoakan anak kita dengan doa baik-baik yang diajarkan oleh Islam?

Contoh doa:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim, ayat 40)

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah AlFurqan, ayat 74)

nota: Tazkirah yang sangat bermanfaat. Rasanya kita semua tak lari daripada melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa kita, terutama bila dalam keadaan marah. Bila ingat pasal ni, memang rasa takut, cuak & bimbang... adakah Allah SWT meredhai kehidupan kita kalau timbul sekelumit perasaan kecil hati ibu bapa terhadap kita. Bila teringat macam ni, lekas-lekas telefon emak dan segera minta ampun atas segala salah silap yang pernah kita buat sama ada disedari atau tak. Ibu yang baik adalah ibu yang sentiasa memaafkan. Siapalah yang tak rasa hiba & menangis bila ibu dengan nada sebak mengungkapkan kata "ya... mak maafkan.. mak sentiasa maafkan... kamu tak ada dosa dengan mak".

Begitulah hati seorang ibu, dalam hatinya tak pernah simpan rasa marah pada anak. Disebutnya kita tak ada dosa, sedangkan kita tahu ada masa kita gagal melayaninya dengan sempurna. Kebanyakan orang (termasuk diri sendiri), bila dah dewasa ni lah baru timbul kesedaran untuk benar-benar meminta maaf, bukan sekadar ungkapan di bibir semata-mata. Yang penting, bila dah minta maaf bersungguh-sungguh, JANGAN BUAT LAGI. *peringatan untuk diri sendiri*

P/S: Ni copy dari FB Salfizanor Sabri..dengan gambar2 skali ku copy..hehe..tq kak pija..