CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 15, 2013

Permohonan Pengajian Program Diploma Sesi Kemasukan Mei 2013

Assalamualaikum..

Memandangkan ramai org kunjung blog aku dan baca entry pasal permohonan pengajian e-pjj hari tu so aku nk share iklan pasal e-pjj tuk diploma plak..

Okey kepada lepasan SPM yang mahu sambung balajar ke peringkat diploma secara Jarak Jauh (e-Pjj) di uitm sila lah mohon sekaranggg jugaaaa kerana tarikh tutup adalah pada 03 MAC 2013 ni..

Ni aku copy paste dari website Ined Uitm tu..

Permohonan mengikuti Program Pengajian Diploma Sesi Kemasukan Mei 2013 telah dibuka . Permohonan boleh dibuat melalui online seperti mana berikut.

  • Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar Sesi Mei 2013 -->> Klik Disini

Tarikh tutup permohonan  online adalah pada 3 Mac 2013 (Ahad).


 Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Diploma Perakaunan
Diploma Pentadbiran Awam
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan (insurans)
Diploma Pengajian Perniagaan (pengangkutan)
Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Maklumat
Diploma Sains Sukan dan Rekreasi


So kepada sesiapa yg ada hati nk further study satu peringkat lebih tinggi lagi..moh la mohon..cepat² sebelum terlambat..

Sekian..

Wassalam..










Wednesday, February 13, 2013

Petua Hilangkan Benjol Pada Kanak²

Assalamualaikum..

Terpanggil untuk tulis entry tajuk ni sebab selalu terjadi pada anak² ku terutama si Aira.. Jadi bila kena mak mertua aku mesti suh amek ais cepat² tuam kan kat benjol tu.. memang menjadi hanya pada benjol yang baru terjadi korang akan nampak keberkesanannya dalam masa setengah jam camtu,, kalau benjol tu dh lama macam dh sejam lebih ke mungkin ambil masa sket nk surut..

Anak aku si Aira memang lasak sket.. dia slalu terjatuh atau terhantuk..sian plak aku nengok benjol sana sini.. so caranya bila kuar benjol tu aku amek seketul ais balut ngan towel kecik pastu tuamkan kat benjol tu..letakkan dalam 10 saat pastu angkat..pastu letak lagi..buat sehingga 15 minit camtu..then kalau tk surut continue lagi buat smpai nampak surut.. senang kan?

Cuma doktor pernah pesan kalau anak kita ade terjatuh ke ape ke..dalam masa 24 kalau ade muntah² ke..demam ke atau ada tanda² luar biasa maka segeralah bawa brjumpa doktor..jangan tangguh² k..
Ok itu saje nk share kali ni..

Selamat mencuba ye..

inilah si Aira..ni benjol yg baru terjadi..terhantuk kat rak tv..siann..kat pipi tu kena gigit nyamuk..

Wassalam..

#3 Wordless Wednesday


Monday, February 4, 2013

Yeayy Dapat Bercuti Free Kat Macau

Assalamualaikum..

Seronoknya sebab husband baru je dapat lucky draw kat annual dinner office dia pekej percutian ke Macau 3D2N.. Free wehh..syoknyaaa.. cuma kena beli tiket tuk anak² la kalau nk bawak..kalau tk bawak kena cari sape mau jaga..heee... teruja..Macau kata tempat berjudi..ada casino besar².. adehh..cam xde ape yg menarik pun..tapi excited jugak sbb bleh melancong lagi..so tkyah fikir dh nk pergi mana tahun ni..dh dapat tempat. Alhamdulillah..tak sabar nk pergi! Thanks en Hanif sebab nak bawak saya pegi ni.. :)


Ni plak gmbr husband masa dinner yg dapat lucky draw tu..tema dinner Back To Scholl.. husband yg pakai sluar pendek tu..



Sekian dulu..Wassalam.

Wednesday, January 23, 2013

Yuran Pengajian Pelajar Baru E-PJJ Uitm Shah Alam intake Mac 2013

Assalamualaikum..

Kan aku dh dapat surat tawaran untuk sambung degree kan..course yang aku dapat adalah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian). Aku perlu daftar pada 16 Feb 2013 ni di Shah Alam.

Apa yang aku perlu buat sebelum pergi mendaftar nanti adalah bayar yuran pengajian.. Jumlah bayaran yang perlu dibayar boleh disemak di link ni selepas masukkan no pelajar.

Jumlah yang perlu aku bayar untuk course aku adalah TOTAL RM 1459.00.. lega aku ada simpan duit sket boleh la bayar.. Alhamdulillah..

Pecahan yuran tu adalah macam ni:

Tabung Aktiviti Pelajar (Ijazah) RM 50.00
Kenaan Tetap (Pelajar Baru ) RM 109.00
Yuran Epjj (ni kos termasuk subjek sume) RM 1200.00
Pengecualian Kredit -PJJ RM 100.00

Bab pengecualian kredit tu aku tk berapa paham..so aku call bahagian kewangan uitm tu diorg kata Pengecualian Kredit tu kena bayar sebab aku layak dapat pengecualian kredit..tapi aku masih tk paham so dia kata bayar je dulu..nanti masa pendaftaran akan ada taklimat dan akan ada penyelaras yang akan terangkan dengan lebih detail.

So dinasihatkan yuran ni sume kena bayar sebelum pergi mendaftar bagi memudahkan pendaftaran.. Bayar di Bank Islam k..lepas tu dh bayar simpan resit² tu sume untuk bawak masa pendaftaran.. DUA hari selepas bayar korang perlu check semula kat link ni untuk pastikan bayaran korang telah di update k..supaya tak jadi masalah kemudian hari..

Ok tu saja info kali ni..apa² nanti aku akan update lagi ye..

Wassalam.

Sambung Belajar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur padamu Ya Allah kerana telah beri aku peluang untuk sambung belajar ke peringkat Degree..

Koranggg aku dh tengok result e-pjj yg aku apply hujung tahun lepas semalam..dan keputusan nya permohonan aku berjaya..seronok sangat..lepas daftar nanti aku akan bergelar student semula.. wow weee :)

Semoga aku akan rajin² belajar dan lulus dengan cemerlang..semoga dengan adanya ijazah nanti dapat mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih baik..

Kepada pembaca² blog aku yang banyak membantu untuk bagi info pasal e-pjj ni aku sgt² menghargai korang..korang the bestt.. sebab info² korang tu la ramai yg mengunjung blog aku ni..aku sgt suka..

Congratss kepada pembaca² blogger aku yg dapat jugak sambung belajar cam aku..antaranya Wan Zack, Cahaya Tihamah , Taxandme, syarifah, amyramokhtar serta anynomous yg aku tk tau nama,,. Selamat Belajar koranggg semuaaa...

Doakan aku dapat mengahrungi kehidupan baru sebagai student,pekerja kerajaan, isteri serta emak..Semoga aku dapat membahagikan masa dengan jayanya..

Sekian dulu.

Wassalam..

Friday, January 18, 2013

Update 18/1/13-Status Permohonan Program Sarjana Muda Kemasukan Mac 2013


Ni aku copy dari website Ined..So boleh start semak pada 22 Januari 2013.

Status Permohonan Program Sarjana Muda Kemasukan Mac 2013

Status permohonan pengambilan pelajar baru program Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi kemasukan Mac 2013 boleh disemak pada 22 Januari 2013 (Selasa).

Untuk semakan status permohonan --- >> Klik Disini

Berikut adalah senarai program mengikut kampus yang tidak dapat ditawarkan kerana bilangan calon tidak mencukupi --->> Klik Disini.

Hari Pendaftaran Pelajar Baru PJJ/PLK bagi kampus Shah Alam adalah pada 16 Februari 2013 (Sabtu). Manakala tarikh pendaftaran bagi kampus cawangan lain adalah berbeza.

Sila semak tarikh dan tempat pendaftaran disini ---> Klik Disini.

Harap Maklum.


p/s: bertambah debaran camni..adehh..ingatkan hari ni kluar result..sabar menanti...