CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 15, 2013

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda Uitm Sesi Sept 2013

Assalamualaikum..

Kawan²..ari tu ade yang terlepas nak mohon pjj tuk wat degree kat Uitm kan tuk intake Mac 2013?
Ha nah sekarang dh bukak pengambilan tuk intake Sept 2013 plak..
Cepat² mohon sekarang.. tarikh tutup adalah 31 Mei 2013..

Kalau sape² yang nk mohon boleh la pegi ke website ini. Institut Pendidikan Neo (iNed) Uitm.

Ni aku copy paste dari website tu eh..

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda iNED(e-PJJ & PLK) Sesi Sept 2013.

Permohonan mengikuti Program Sarjana Muda iNED(e-PJJ & PLK) Sesi Kemasukan September 2013 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui atas talian (online).

Klik disini ---->> Permohonan Online Ijazah Sarjana Muda Sesi Kemasukan September 2013 

Pelawaan untuk memohon pengecualian "Yuran Bayaran" melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (iNED). Keterangan lanjut -->> sila klik disini **untuk staf UiTM sahaja

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2013 (Jumaat) dan tarikh akhir penerimaan borang permohonan & dokumen sokongan adalah sebelum 06 Jun 2013 (Khamis).

Kalau ade ape² masalah untuk mohon korang bleh call Ined sendiri ataupun tanya la kat sini kot² aku leh tolong jawab sebab aku telah pun memohon dan sekarang telah bergelar student pjj kat Uitm Shah Alam tu..

Thanks for reading!

Sekian.. Wassalam.


Saturday, March 2, 2013

Karnival Wow! Putrajaya 2013 ape yg best?

Assalamualaikum..

Korang karnival wow kat putrajaya sedang berlansung skrg dr 28 feb hingga 3 mac 2013 kat presint 2 putrajaya..

antara aktiviti yg ade :
- hot air baloon
- Upin & Ipin
- Paintball
- Festival Makanan Antarabangsa
- Go Kart
- Rumah Hantu

Aku dh pegi dah tgh hari tadi..time org laki sembahyang Jumaat..jalan kaki je dari opis aku..hehe..

Yang menariknya aku pergi tu panas terik la sbb tgh hari..haha..banyak jualan biasalah kan..ade gerai2 makan yg bagi korang tester cthnya yakult,meggi dsb..gerai tudung,baju,mainan,produk kesihata sume ade lah..yg bestnya aku jumpe org jual tudung sebijik produk fareeda..sebijik kata kau! rm 80 saja.. pegi cari kat sana kalau nak..

Best ade jual baju upin ipin murah rm10 saje kt booth upin ipin.. aku beli 2.. pastu aku beli keychain kt booth kraftangan comel sgt keychain nama rm 10 juga..

Ha sblm terlupa ade sesi belajar craft,macam canting batik, buat bakul rotan,tuliasan khat dsb..

Dan mcm2 lagi yg ade..pergilah jenjalan kt sana lau ada masa..meriah sket putrajaya..hehe

oklah ni gmbr barang2 yg aku beli tadi..
sekian dulu. enjoy ur weekend everyone!
wassalam







Thursday, February 28, 2013

Bila Expired Result MUET & Kalau Hilang Slip Result Apa Nak Buat?

Assalamualaikum w.b.t

Oleh kerana ade beberapa orang dok tanya pasal keputusan MUET ni ade expired date ke? valid smpai bila eh? Jadinya entry kali ni nk memberi tahu apa yg tertulis di website MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) berkenaan dengan MUET ni k..biasanya kita akan tertanya² pasal ni kalau kita nk smbung degree sbb sekarang nk amek degree diwajibkan telah ambil MUET..
Click sini untuk info lanjut tentang tempoh sah laku MUET.

Ni copy paste dari website itu :

PEMBERITAHUAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Syarat Kelayakan Menduduki MUET 
dan 
Tempoh Sah Laku Keputusan MUET


1.  Dimaklumkan bahawa mulai MUET pertengan Tahun 2009, TIADA sebarang syarat kelayakan dikenakan kepada calon untuk menduduki MUET.

2.  Dimaklumkan bahawa tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut :

    a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 
        18 JULAI 2013 

    b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah 
        LIMA TAHUN mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Eh kalau slip korang dh hilang kan senang je korang boleh mohon semula dari pihak MPM bagi salinan cumanya ade la bayarn dikenakan.. pertama kali mohon RM 20, 2nd time RM30.. lebih dari tu akan dikenakan RM 50.. boleh dapat melalui pos atau datang sndiri ke MPM.. isi borang dulu kt website MPM..

Ok la setakat ni dulu info kali ni.. macam kalau korang nk tau jadual bila exam MUET ke, macam mana nk Apply MUET ke atau macam mana Bayaran MUET ke.. korang leh click link ni untuk info pasal semua tu..
Selamat belajar!

Wednesday, February 27, 2013

Daftar Mengundi PRU 13

Assalamualaikum..

Tergerak nk buat entry ni sebab kan sekarang dah dekat sangat dah masa untuk PRU kali ke 13 negara Malaysia.. So korang dah daftar mengundi ke belum? Kalau belum dh tk sempat dah untuk PRU 13 ni.. boleh nak daftar cuma untuk mengundi kenalah tunggu PRU 14 pula.. kan dh rugi satu undi..

Kalau nk semak daftar pemilih korang boleh click sini Web Semakan Daftar Pemilih
Masukkan je no IC..kalau korang pun layak mengundi dia akan kluar record not found..
Tapi kalau korang dh daftar dan layak mengundi dia akan kluar penerangan tentang pendaftaran korang..
Boleh juga semak beramai-ramai.. click sini Semakan Isi Rumah

Sebagai orang Islam kita mestilah memilih bakal pemimpin kita yg beragama Islam..
Jadi marilah daftar mengundi.
Undi adalah rahsia.
Hiks..

Sekian dulu.
Wasalam.

#5 Wordless Wednesday- with love



Tuesday, February 26, 2013

30 Hari Mencari Bahagia: Tips Tiap Hari Bahagia

Assalamualaikum..


Pagi ni nama aku naik tuk hadir program bicara psikologi : Tips Tiap Hari Bahagia.. Biasalah aku lau kene dengar ceramah ni mesti nk ngantuk je kan.. tapi bila penceramah tu mula cakap je aku dh bersemangat dan sgt menumpukan perhatian..this is not me! Haha.. maybe isi² yg disampaikan buat aku rasa cam ada kene mengena je dalam hidup aku..dan aku mesti aplikasikan dalam kehidupan seharian aku..

Macam mana kita nk bahagia? Kalau nk bahagia mesti kena gembira kan..so macam mana nk gembira? Diri kita sendiri lah yg menentukan cara untuk kita gembira.. memang betul! Cube hari² korang datang opis pastu buat² gembira for sure smpai balik kerja korang akan rasa gembira.. walaupun korang kena fotostat tapi cuba buat kerja tu dengan gembira, sure korang akan gembira dengan kerja tu kan? cerbuat pastu cerita kat aku..

Jangan biarkan keadaan sekeliling wat kita stress.. penceramah juga banyak tekankan dalam hubungan suami isteri.. suami isteri kena sentiasa kekalkan hubungan mesra.. sesama keluarga dan anak² juga.. dia adalah seorg motivater a.k.a kaunselor.. so dh banyak kes yg dia handle dan dia ade ceritakan beberapa cerita untuk dijadikan panduan.. yg aku ingat pasal seorg polis yg bunuh diri kerana tertekan dengan kerja dan masalah keluarga yg daif..dia tk gembira dengan kerja dan kehidupan sehingga membuatkan dia menambil tindakan sebegitu..moralnya walaupum macam mana teruk pun keadaan kita, kita mesti hadapi dengan keadaan yg gembira.. barulah kita akan bahagia..

Hmm sejauh mana kebenaranya marilah kita sama² mencuba.. penceramah ni bagi tips 30 Hari Mencari Bahagia iaitu :

 30 Hari Mencari Bahagia

Hari 1: Ucapkan TERIMA KASIH mulai hari ini dan hari-hari berikutnya

Hari 2: Lihat hanya yang terbaik dan mengakui kekurangan yang ada

Hari 3: Mula melaksanakan kerja-kerja yang baik dan mulia

Hari 4: Akui kesilapan dan maafkan diri anda

Hari 5: Bersabarlah apabila merasa marah dan menerima  kritikan

Hari 6: Tunjukkan kemesraan pada yang tersayang

Hari 7: Jadilah seorang yang pemurah

Hari 8: Lihat yang terbaik ada pada orang lain dan jangan prejudis

Hari 9: Belajar menerima apa saja/ bersyukur seadanya

Hari 10: Kongsikan ilmu-ilmu yang ada dengan orang lain

Hari 11: Raikan hari penting bersama –sama

Hari 12: Jangan mudah bersangka buruk dan mulakanlah persahabatan

Hari 13: Ubah diri anda

Hari 14: Hormati perasaan orang lain

Hari 15: Sentiasa menjaga kerahsiaan

Hari 16: Hargai segala jasa baik dan pengorbanan orang lain

Hari 17: Berilah pujian tanpa teragak-agak

Hari 18: Lupakan kisah lama dan fokus pada masa depan

Hari 19: Jadilah seorang yang asertif

Hari 20: Atasi perasaan sedih / menyesal

Hari 21: Elakkan  perasaan untuk berebut kuasa

Hari 22: Buang  perasaan  dendam  yang  ada

Hari 23: Hentikan  kritikan  yang  tidak membina

Hari 24: Terima dan hormati orang lain seadanya

Hari 25: Berikan  galakan dan dorongan

Hari 26: Gunakan kata-kata yang positif

Hari 27: Bergembiralah dengan lawak jenaka

Hari 28: Berikan hadiah /cenderamata

Hari 29: Sebarkan berita gembira dengan orang sekeliling

Hari 30: Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada

courtesy from google

Sumber : Buku yg ditulis oleh penceramah sendiri Tuan Jowel Nooh, Penguasa Kastam (sebelum ini adalah  Pegawai Psikologi, Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM ): Buku bertajuk 30 Hari Mencari Bahagia.. penulis bersama adalah Nik Syuharul Apizo Safien.


p/s : Tuan Jowel Nooh adalah pegawai di pejabat aku.. buku ni boleh didapati di kedai² buku juga secara online di sini. 


Jom kita sama² rasa BAHAGIA...
Sekian dulu..
Wassalam..




Jalan² kat Taman Burung KL


Assalamualaikum..

Hari sbtu lepas sempena birthday Auni kami decide nk bawak dia jalan2 ke Taman Burung kat KL tu.. senang je nk smpai cari je masjid negara kat belakang masjid tu la taman burung nya.. ada banyak taman lagi kt situ tp yg aku ingat taman rama2 je..heee..

Aku pun 1st time pergi..hehe.. harga tiket masuk bagi pemegang mykad dewasa adalah rm25 dan kanak2 rm12..bawah 2 tahun free..

Jauh jugak nk kena jalan dalam taman tu tapi bila tgk burung2 yg cantik hilang penat..jgn risau kt dalam tu ade kedai makan, kedai souvenir,aiskrim pun ade dijual..

Pesana penaja sila lah bawa payung sebab jika hujan tidak ade tempat berteduh..kalau ade pun jauh2.. sbb sepanjang jalan tu xde bumbung..hanya ada jaring2 je..

Kalau nk tgk birdshow sila lah datang tengah hari kerana time birdshow adalah pada pukul 3.30 petang..itu satu je masa yg aku perasan..show selama setengah jam..enjoy jugak tgk burung2 terlatih..layannn..

Ada sesi bergambar dengan parrot yg cantik2.. rm 15 tuk diletak kt badan kita.. ada lagi satu tu rm 20 lau tk silap lebih banyak burung dan ada latar belakang khas taman burung tu.. aku tk buat pun yg ni sebab kena bayar..ehehehe..

Lagi satu sesi bagi makan burung..yang ni korang derma je rm2 dan penjaga tu akan bagi kuaci atau susu..korang letak je atas tangan dan burung2 sume akan terbang dtg kt korang..aku takutttt sbb burung2 tu serbu reramai..tapi kena paksa jugak ngan laki aku suh amek pengalaman bg makan burung tu..

Ade sekor burung kaler merah tu suke bertenggek atas kepala aku smpai dia kencing..adehhh..tension aku..wahaha..agaknya sebab aku pakai tudung merah so dia suke..kekeke..sib baik aku bawak tudung spare..

Ok la itu je nk cite..mmg enjoy jugak tuk bawak anak2 dtg sini..auni tk berapa takut, si Aira yg larik2..takut dia..hehe..nk kluar dari taman burung tu masa lam keta auni dh siap pesan.. "diam semuaa..nanti kita pergi taman rama² pulaaa" cehhh..awal² dh demand..

Jom tgk gmbr2 kat sana..banyak burung2 yg ade tapi aku tk amek tau pun nama diorg..huhu..yg aku ingat ade kasawari,hornbill,helang,parrot,dan paling cantik skali burung merakk..banyak kali dia bukak kepak tu...cantiknya lah..



Pergi ngan mak mertua n adik ipar aku si fatin..


ni kat tempat sesi bird feeding.. best!


muka takutttt..huahahaha..




ha skali hujan..sib baik dh sediakan payung sebelum hujan.. :)


pondok rehat sebentar..


Antara burung yg sempat ku snap pic


beg duit syiling rm 32 belikan tuk auni sebab dia nk.. sib baik beday girl..huhuiii..beli kat kedai souvenir..lagi satu beli frigde magnet bird park yg comel berharga rm 9.90..



Ok setakat ni saja kali ni..
Sekian..
Wassalam..