CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 6, 2012

Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012


aktiviti program tu tk berapa nk clear..tapi aku ade copy paste kat bawah ni antara aktiviti yang ade k..check it out babeh!

Assalamualaikum..
Korang suke makan buah²han tak? Kalau suke moh le g Karnival Jom Makan Buah kat presint 2 Putrajaya.Kat tapak pasar tani tu.Dekat ngan monumen tu.Dekat area Masjid Putra,kat tempat kanival sejuta belia dulu tu...
Karnival ni mula 7.12.12 - 11.12.12 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam..

Antara aktiviti menarik yang disediakan (aku copy paste je dari FB Perbadanan Putrajaya :

- Aerobik 1 Malaysia
- Pameran Produk IKS
- Sajian Makanan Popular
- Pameran, Jualan dan Pertandingan Haiwan Kesayangan
- Pameran dan Jualan Produk Florikultur
- Demo Masakan Berasaskan Durian
- Demo Masakan Berasaskan Durian Bersama Syarikat D'King
- Pertandingan Masakan Kerabu Menggunakan Buah-buahan dan Sayuran Tempatan
- Persembahan Band Combo Putrajaya
- Persembahan AqriBand FAMA
- Persembahan Band Tekun Nasional


Kat karnival ni jugak disediakan pakej MAKAN SAMPAI PUAS bayaran dikenakan adalah RM15 per person..agak mahal jugak..aku ingat 5 hengget je..haha..baru nk pegi..pegi jugak cuma part makan smpai puas ni fikir dululah.. 


Antara buah yg diuar-uarkan adalah buah yg aku suka DURIAN...akan dijual dengan harga berpatutan katanya.. lain-lain adalah buah²an tempatan seperti manggis,rambutan dan lain²..

Untuk info lanjut korang pegi FB Perbadanan Putrajaya k.

Jom Makan Buah! 

Wassalam

Monday, December 3, 2012

Memohon Pasport Malaysia di Putrajaya Tak Perlu Isi Borang!

Assalamualaikum..

Hai semua..korang dh penah renew pasport tak? Korang tau tak kalau renew pasport kat Pejabat Pasport Putrajaya yg terletak di Presint 15 @ diplomatik tu korang tak payah isi borang? Ini serious! Senang!
Untuk mohon pertama kali/memperbaharui pasport sebab tamat tempoh hanya perlu bawa:

1) Diri korang sendiri/pemohon wajib berada di tempat kejadian even anak kecik korang pun kena ada jugak k
2) IC/Surat Beranak(kalau xde ic) original - tk perlu bawak salinan pun..serius diorang tak nak pun.
3) Salinan IC mak/ayah hanya diperlukan untuk kanak² bawah 18 tahun sahaja
4)  Bawak pasport lama korang (kalau nk renew-wajib bawak)
5) Gambar berukuran pasport SEKEPING sahaja!
6) Duit secukupnya RM 100-2 tahun RM300-5 tahun
7) Ipad/Surat khabar/Novel (optional supaya tk bosan tunggu..ahakss)

Itu sahaja.Senang kan?Tak perlu isi borang.. aku ye-ye je isi borang print dari website diorg..smpai² nk tampal gmbar tapi xde pun disediakan gam..pen pun tkde..tu yg membuatkan aku pelik..rupa-rupanya pegawai imigresen tu yg akan tmpalkan gmbr korang kat borang yg diorg akan printkan tuk kita  masa kita mohon tu nanti..nak buat pasport pertama kali pun camtu jugak..aku rasa imigresen dh nak paperless..cuma perkara ni tk diupdate dlm website diorg lagi..maybe soon..

 Tapi setakat ni bukan semua pejabat imigresen yang buat camni..yang aku cakap ni adalah di presint 15 putrajaya tau.. Pegi beratur amek nombor n tunggu je giliran anda..Pejabat pasport putrajaya tak buat pasport kumpulan tau.. Sehingga 31.12.12 pejabat pasort putrajaya dibuka isnin-jumaat 8.00 pagi- 10.00 mlm. Sabtu dan Ahad pula jam 8.00 pagi - 1.00 ptg.

Aku pegi semalam 02.12.12(Ahad) jam 8.15 pagi dh smpai.. beratur sgt panjang untuk amek nombor..mungkin diorg depan aku semua dh datang since 7.30 pagi lagi kot.. tapi malangnya pejabat hanya dibuka pintu pada jam 8.30 pagi lambat setengah jam! Hmm aku tk suke part ni sebab kan benda camni la org dok kutuk cakap camni la goverment..adeh,.aku pun terasa sbb aku adalah goverment servant juga..huhu..

Pasport aku dan femali siap jam 10.15 pagi..so tk smpai 2 jam dh siap..Alhamdulillah cepat la jugak..hehe... tujuan aku renew pasport ni  sebab nak pergi Universal Studio Singapore (USS) pada 14.12.12 ni..yeayyy tak sabar..nanti update pasal uss plak k..



Friday, November 16, 2012

Kolam Renang Awam (Pusat Sukan Air) Pusat Kejiranan Presint 6 Putrajaya




Assalamualaikum..

Hujung minggu lau takde plan nk gi mana² apa kata korang bawak anak² korang g mandi-manda di Kolam Renang kat pusat kejiranan presint 6 Putrajaya.. Landmark berdekatan adalah Pullman Hotel ngan PICC.

Nape aku suh korang datang sini? Sebab aku dah 2 kali dah pegi dan anak² aku sgt gembira sekali..hehe..kolam renang dewasa pun ada saiz Olimpik tau..

Dibuka setiap hari kecuali ISNIN.

Pakaian Wajib pakai Swimming Suit tapi lau korang just nak temankan anak² boleh je pkai baju biasa.

Bayaran tiket masuknya nya teramatlah murah sekali iaitu:
  Dewasa RM 2 dan Kanak² RM 1(per session)

Ni jadual waktu operasinya: Ada 4 sesi tau..

Sesi 1 : 9.00 am -11.00 am
Sesi 2 : 1.00 pm - 3.00 pm
Sesi 3 : 5.00 pm - 7.00 pm
Sesi 4 : 8.00 pm - 10.00 pm

Sesi khas untuk perempuan sahaja pula adalah:

SELASA - 9.00 am - 11.00 am
KHAMIS -1.00 pm - 3.00 pm

Ni antara kemudahan² yang disediakan kat situ :



  • Ruang pejabat dan kaunter perkhidmatan
  • 2 bilik persalinan dengan bilik air
  • 2 unit surau (Lelaki/Wanita)
  • Bilik penyelenggaraan Kolam renang, bilik persalinan dan tandas.
  • Bilik penyelamat
  • Bilik serbaguna
  • Ruang kios ; dan
  • 227 ruang tempat letak kereta/motosikal 


  • Ni plak website berkenaan pusat rekreasi air kat putrajaya ni..klik sini ye..

    Meh layan gambar² sekitar kolam renang itu 

    get ready..Auni dh tk sabo..

    ngan papa mereka.

    bukti tak dalam pun kolam tu..so tk merbahaya :)

    kolam yg kiri tu dalam sket kiranya tuk budak² atas 3 tahun sesuai la..yg kanan tu plak lebih cetek tuk baby² atau pun 2 thn ke bawah..

    ultraman mebius in da house..hehe

    auni diterbalikkan..hihi :)




    Sekian dulu tuk kali ni..

    Thursday, November 8, 2012

    D.I.Y(Do it Yourself) Goodies Bag guna Brown Paperbag

    Assalamualaikum semua.. ni kali kedua aku buat d.i.y goodies bag aku..kali ni untuk majlis akikah anak² aku bersama anak² buah aku yg akan diadakan pada hari Ahad ni 11.11.2012 bertempat di rumah mama aku di Sungai Koyan. Kali pertama aku buat sempena birthday Aira Natasya..Leh rujuk link ni k..

    Kali ni xde tema ape pun..hanya nk buat 300 goodies bag untuk tetamu yg datang majlis akikah ni nanti.. So inilah dia cara² nya..

    Step 1: Beli brown paperbag.Ada pelbagai Saiz,aku hanya beli kat Mydin sahaja. RM 3.20 sebungkus ada 100 pcs..so aku beli 3 bungkus..

    Inilah rupannya RM3.20 - 100 pcs
    Step 2: Aku buat tag terima kasih camni..bleh print kat kertas sticker so senang nk menampal nanti..

    comel tak? :D

    Step 3: Aku suh kakak ipar aku design kan goodies bag tu tuk aku print atas brown paperbag itu..dan hasilnya adalah seperti ini..yg perlu hanya la kreatif..lau tk kreatif mintak tolong orang lain..cam yg aku wat ni..hehe..

    print hitam putih je leh jimat ink okey..lau nk camni je aku penah jumpe diorg jual online sekeping rm 1.20 ko tau..tobat mahal!


    Step 4: Tampalkan lah tag terima kasih yg dh buat tadi tu..jadik la camni plak..
    ok kan? taruk ikut suka hati..senget² tu kira kreatif la tuh kan..haha..

    Step 5: Isilah barang kat lam tu..tapi tk leh berat² sgt sebab brown paperbag ni mudah koyak..aku letak telor rebus dalam kotak,mashmallow lam bungkus² tu ngan bahulu bentuk ikan..dan end product adalah seperti ini..tadaaa...
    cantik,tertarik dan simple kan??

    Pesanan penaja : Korang boleh je lau nk stapler instead of taruk klip kertas tu..aku saje taruk klip kertas tu sbb nampak comel jek..beli kat mydin jugak klip kertas tuh..So kos sekeping goodies bag ini tk sampai pun rm0.30 sen okey..sangat murah goodies bag ini tau..nk tempah kat aku tak? haha..nanti la lau aku rasa nk buat bisnes ni aku bgtau korang ehh..

    Ok sekian dulu..Selamat Membuat D.I.Y goodies bag..walaupun simple tapi anda akan sgt berpuas hati! trust me babeh.. :)

    Assalamualaikum.

    Lihat link ni untuk diy goodies bag tema Sesame Street pula.

    Wednesday, October 17, 2012

    Pengambilan Pelajar Ijazah PJJ Uitm Sesi Kemasukan Mac 2013

    Assalamualaikum..

    Koranggg ade tak yg rasa nk sambung belajar tuk dapat degree a.k.a ijazah sarjana muda? tuk lepasan diploma atau stpm yg dh bekerja dan rasa nk sambung belajar secara JARAK JAUH silalah apply sekarang untuk sesi kemasukkan bulan Mac 2013 tahun depan..tarikh last hantar borang ialah 30 Nov 2012 ni tau..tinggal sebulan lebih je lagi ni..

    Siap² kan sijil spm ngan transkrip diploma pastu terus bukak website ined untuk mendaftar secara online.Pastu print borang yg korang mohon tu siapkan dengan sijil² berkaitan,beli wang pos rm12 then pos la menggunakan setem rm1 ke alamat uitm tu..sume ni akan diberitau kalau korang apply..

    Setelah aku buat survey aku rasa uitm ni paling murah lau nk further study secara pjj..costing sebenar tk dapat aku nyatakan lagi sebab aku pun baru je apply..mungkin kalau dapat aku akan tulis pasal costing ni kat entry lain la ekk..cuma basic yg diberitahu yuran aktiviti setiap semester adalah rm50..yuran pengajian plak rm100 per credit hour..

    Peringatan: Perlu ade sijil keputusan MUET kalau nk apply..kalau korang belum penah amek MUET (Malaysain University English Test) ni,jgn risau sbb korang boleh jugak apply untuk amek exam ni kat uitm jugak..ni link untuk tgk tarikh exam MUET tu.

    Seminar nye pulak(macam kelas la) hanya diadakan 5 kali sahaja setiap semester..means satu semester biasanya 6 bulan kan..so setiap bulan korang kena attend seminar hanyalah 1 kali sebulan sahaja..ade sebulan yg memang tkyah attend seminar pun..sebab 5 kali je kan..pastu seminarnya pulak diadakan hanya pada hari AHAD 8.30 pagi hingga 6.15 petang..jadi time macam ni la memang sesuwai tuk student yg dh bergelar pekerja,surirumah dan ibu untuk attend seminar ni..masa pembelajaran lain² adalah melalui online..so ape lagi pasanglah Unifi kat umah cepat..hehe..

     Aku apply sarjana muda Sains Pentadbiran sebagai pilihan pertama dan kedua International Business..korang doakan aku berjaya mohon pjj ni ehh..Kalau korang terlepas mohon kali ni boleh cube untuk next year pengambilan sept 2013 plak sbb pengambilan dibuka 2 kali setahun..so bila dh ready baru korang apply tau..

    Gudluck semua!

    p/s: isteri² mintak izin suami dulu sbb hari Ahad nk kena mintak tolong diorg jaga anak²..teheee :)


    Update : 

    1) Keputusan belum kluar lagi..cuma korang leh semak Status Penerimaan Dokumen Permohonan Program Sarjana Muda.. baca link ni..TQ..

    2) Aku dh salah semak result pagi tadi  lau nk baca kebengongan aku tu baca kt link ni plak.. :)


    UPDATE 18.1.12 

    1) Click sini untuk info lanjut tentang semakan status permohonan korang.. 

    Tuesday, October 16, 2012

    Rumah Peranginan Persekutuan

    Have u heard about this? cewahhh..korang pekerja kerajaan atau lebih sopan dipanggil penjawat awam? kalau yer korang memang layak la untuk menempah rumah peranginan persekutuan ni..bagi aku rumah yg disediakan kerajaan ni murah dan berbaloi jika dibandingkan dengan hotel dan rumah peranginan lain.

    Caranya amatlah mudah sekali..korang perlu pergi ke laman web ini untuk semak kekosongan tempat dan booking juga melalui web http://peranginan.bph.gov.my/ ini...ikut je langkah² yg diarahkan di website tersebut..

    Cuma bukan semua tempat peranginan ade rumah peranginan persekutuan ni..korang kena check gak kat website bph tu sbb semua dh dinyatakan kat situ k..

    Untuk keterangan lanjut korang bleh call no ni 03-88800155 sebab operator yang jawab tu baik² belaka..aku dh penah call dah..

    Pengalaman aku baru sekali aku duduk di rumah peranginan persekutuan (RPP) kat Pulau Langkawi..rpp yg aku duk tu terletak di Holiday Villa,aku amek bilik deluxe berharga rm 77 semalam..kalau suite berharga Rm132, bilik single plak berharga rm 55 sahaja..

    Memang tk include breakfast tapi bilik hotel yg kat Langkawi tu aku tersangatlah puas hati sebab bayaran nya murah dan biliknya memang ade class! Hehe..

    Aku lupe plak nk amek gmbr bilik cuma ade satu ni jek..

    ha ni la biliknya..memang selesa abess..tu auni siap nk lompat la tuh..hihi


    Korang cube la yer..memang berbaloi-baloi..


    Sekian dulu tuk kali ni..lau tk paham tanya la ekk..jgn segan silu..ahakss..

    Wassalam.

    Day 2 : Percutian Ke Pulau Langkawi 2012

    Okey sekarang nk cerita apa aktiviti kami kat Pulau Langkawi hari kedua..hari ni adalah full of activity..hehe..mula² bangun pagi pegi sarapan dulu..memang cari nasi lemak ngan roti canai..hehe..

    tunggu sarapan siap..
    lepas sarapan kami terus menuju ke Cable Car..yeayyy...smpai seawal jam 9.30 pagi..kaunter pun belum bukak lagi ..so kami pun mula beratur takut ramai org plak kan..eh lau korang nk dtg sini bleh semak dulu jadual maintainance diorg tau sbb lau kena tarikh yg diorg buat maintanance Cable Car akan ditutup..so rugilah lau pegi Langkawi tp tk naik cable car kan..jadual nye leh refer kat web PanoramaLangkawi nih..check dulu tau sebelum pergi..masa aku pergi tu skybridge tempat shahrukh khan penah belakon kat situ tutup tuk maintainance gak..diorg kata tutup hingga tahun depan..
    my family

    berkabus sbb kami pegi pagi lagi..so lam gmbr tk nmpk pemandangan indah tu..lau real memang cantikkk sgt view dari atas nih.

    me n hubby

    kanak² riang..hehe

    ni jambatan gantung..jalan nk pergi ke cable car tuh..ade je jalan darat..hehe..
    lepas siap aktiviti kat sini kami pergi ke the zon shopping lagik..n lunch kat mcd situ..kena cepat² sebab ptg tu kami nk bekejar naik bot plak tuk pergi ke pulau dayang bunting..

    sebenarnya untuk ke pulau dayang bunting ni mereka ada wat pakej lawatan yg dinamakan Island Hopping..lau korang beli kat agen memang mahal sikit..lau nk murah rm25 je sekepala korang pegi beli kat kedai² area pantai cenang..banyak kdai yg buat pakej island hopping nih..memang famous ar island hopping ni..org kata lau tk pegi lompat pulau-ke-pulau ni memang tk sah..hehe..so kami amek kesempatan tuk pergi jugak..cuma kami tk amek pakej tu sbb kami dh lewat,kami amek private boat rm230 seboat..so femali kami je la satu boat tu..n kita bleh pilih nk g mane ikut suke kita lah..hehe..

    kami just mntk driver boat tu bawak kami pergi ke Pulau Dayang Bunting ngan pulau tempat helang makan jek..pastu masa kat laut tu kami nampak gua so ajak dia pergi n dia bwakla kami..besttt wooo..dah la laju giler kot boat tu..huhu..bedebar sbb driver tu suke buat kona baring atas laut tuh..kekeke...kami pergi pun berlima je sbb yg lain² takmo ikut diorg lepak kat bilik ajer..

    baru smpai kt dayang bunting..pas smpai ni kena daki dan turun bukit sket tuk smpai ke tasiknya..yg ajaibnya tentang tasik ni ialah kerana dia berada di tengah laut tapi airnya tidak masin..korang leh search pasal cemane leh jadi tasik ni..dan khasiat air ni la org kata leh buatkan perempuan ngandung..

    mitos pasal pulau ni ade banyak..so tk tau bleh dipercayai ke tidak..tapi secara saintifik macam mana tasik ni boleh terbentuk ada tertulis kat pulau nih..antara yg aku ingat tempat ni adalah gua yg runtuh lalu dipenuhi air dipercayai air hujan..tuk lebih detail korang search sndiri k..

    kakak ipar n husband nya..ni la tangga yg korang kena daki..mengah jugak weiii..pastu tk leh bawak plastik tau sbb banyak monyet..nanti diorg curik makanan lam plastik korang tuh..

    me n husband..nmpk tak gmbr kat belakang tu..tu la yg uniknya pasal pulau ni dimana dinamakan dayang bunting kerana bentuk gunung kat belakang tu seolah² seorg perempuan mengandung yg sedang baring..lau pergi sana memang nampak real..so ape lagik pergilah! sungguh kagum dengan alam ciptaan Allah ni..

    love this pic! haha

    kat sini bleh mandi tau..rasa cam mandi kolam jek..sbb bukan air masin pun...
    ha ni plak kat pulau yg diorg bagi makan helang tu..driver boat akan lempar kulit ayam kat laut tu..tunggu beberapa saat datang lah sekumpulan helang..memang stye lah cara diorg makan..makin lama makin banyak yg datang..teruja la aku tengok..hehe..ni je yg sempat caption..ade lagi pun lebih kurang jek gmbrnya..tapi pengalaman yg sgt menarik bagi aku..kitorg mula naik boat kul 4.30 ptg dan balik semula lebih kurang jam 6.30 ptg..lau korang amek pakej mungkin akan ambil masa dalam 4 jam kerana ade 3 tempat yg biasanya diorg bawak iaitu Pulau dayang Bunting,Pulau eagle feeding ngan Pulau Beras Basah..


    Malam tu plak kami repeat lagi shopping kat pekan kuah then pergi ke tempat simbolik Pulau Langkawi iaitu dataran Lang..kat sini korang leh la begambar ngan helang yg besar giler tuh..hehe..kitorg pun tk lupa jugak amek kesempatan begambar kat situ..

    kami sekeluarga :)

    Hari ke 3 tu kami bersiap² tuk balik sebab nk kejar flight kul 11.25 pagi plak(takut terlepas flight lagi..haha) semua pun dh selamat smpai ke rumah masing²..dan Alhamdulillah sgt sebab takde kejadian yg tak diingini berlaku sepanjang kami berada di sana..so next trip kami bercadang nk ke Penang dan Bandung pula..insyaAllah..

    Wassalam.